Wednesday, February 11, 2009

Berakhir sudah cabaran


Lama sangat berhenti berhenti menulis blog ni... Saat ni ada di Hotel Fair Park di Ipoh (tak jauh dari Stadium Perak, Ipoh. Ada wireless connection sekitar hotel ni... Jadi, hidupkanlah semual blog ni... Di sekolah sana pun dah ada wifi... Insyaallah kan istiqamah berblog...

Beradaya saya di sini adalah natijah kesungguhan beberapa pelajar yang telah saya bantu dalam memantapkan permainan badminton mereka. Di kejohanan peringkat daerah yang lepas, 2 pelajar saya yang bermain di bawah kategori umur 15 tahun telah layak mewakili daerah Kuala Kangsar ke Kejohanan MSSPk yang bermula pada hari ini, 11 Februari. Kelayakan itu diperolehi dengan memasuki peringkat separuh akhir badminton peringkat daerah. Cukup membanggakan!



Seorang pelajar saya yang bermain di bawah umur 18 tahun juga layak. Semuanya sekali 3 wakil dari sekolah saya - SMK TOK MUDA ABDUL AZIZ, SUNGAI SIPUT UTARA - telah tercatat sebagai wakil daerah bagi acara badminton bagi 2009. 2007 hanya seorang wakil dapat dihantar. 2008 tiada. Tahun 2009 hantar 3 orang. Alhamdulillah.

Puas tak terkira rasanya... Kepuasan itu terbit dari segala usaha, masa, kudrat dan wang yang telah dikorbankan, di samping sikap terlalu memandang tinggi lawan yang lain... Kepuasan yang terasa itu juga turut berputik dari kemampuan yang diberi Allah azza wa jalla dalam mengatasi kekangan seperti tiada dewan untuk berlatih di sekolah, jumlah wang dan masa yang banyak yang wajib dilaburkan pada sewaan dewan, pembelian bulu tangkis, masa berulang-alik, minyak kereta dan lain-lain lagi... Ingat! Ini hanya untuk memastikan mereka menduduki tangga tertinggi di peringkat daerah...

Hari ini, setelah tamat perjuangan ketiga-tiga pelajar ni, nyatalah - untuk mereka sampai ke tahap tertinggi di peringkat negeri, mesti ada sebuah dewan sendiri... Perkara utama yang boleh dibuat dengan mempunyai dewan sendiri ialah latihan yang lebih kerap dan bentuk latihan kemahiran dan ketahanan yang lebih pelbagai... Dengan adanya jugalah soal sewaan dewan luar tidak akan timbul... Tinggal lagi kesanggupan sekolah untuk membenarkan digunakan sekerap mungkin untuk tujuan latihan... Maklumlah, pastilah soal bil elektrik yang akan dibangkitkan...


La ni saya biarkan mereka rehat sepuas-puasnya, memberi ruang kepada mereka untuk perlahan-lahan mengosongkan minda dari soal badminton, dan mengembalikan tumpuan terhadap peperiksaan besar yang bakal dihadapi hujung tahun ini.. Soal masa depan sukan badminton mereka akan difikirkan selepas ini...

Hari ni juga ulangtahun kelahiran Kak Dah @ Najdah... Semoga Allah memeliharanya dan familinya dari bahaya dunia sepanjang hayat mereka dan sengsara di akhirat nanti... Hari ni juga tugasku dalam Kelab Badminton telah selesai sebahagiannya... Bila saja pelajar sekolah nanti tahu tentang kejayaan 3 orang rakan mereka ini, pasti mereka mahu satu peluang yang serupa...

Tak pa! Saya pasti akan buat sesuatu... Takkan saya berhenti di sini saja... Selagi ada di sini (di sekolah ni), akan ada usaha yang akan dibuat untuk badminton ni...

Memang manis nikmat kejayaan. Biarpun hanya sebagai jurulatih, merangkap pengiring, guru, penaja dan drebar, kegembiraan yang terasa tak dpt diluahkan dengan jeritan di khalayak ramai pada hari itu... Memang manis kejayaan itu.. Hanyasanya saya amat merasai kerana diri ini tak pernah merasa nikmat kejayaan ini... Memang manis kesabaran itu... Pada usia 32 tahun 6 bulan, saya dapat merasai manisnya kejayaan itu... Syukur agama yang ditanam dan disemai ayahanda-bonda telah menyampaikan saya ke tahap ini... Terima kasih ya Allah... Ampun dan Syukur pada Mu...

This is the time!!


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com