Saturday, January 22, 2011

Isi blog - Ada tema lain?

Pi mai, pi mai tang tu jugak! Soal hati dan soal sekolah ada tema isi blog saya setakat ini. Akan memikirkan tema baru, pengisian baru..

Itulah! Bila diceritakan tentang dapat kunci rumah baru, dikeluarkan cerita alu dan lesung.. Bila diceritakan tentang kereta, disebut2 pula 'Keta dah balancing ke belum?'.. Hmm..

...dah..

Kecemerlangan Berpanjangan


Alhamdulillaah telah selamat pulang menghadiri salah satu program wajib kakitangan awam di SMK Padang Terap, Kuala Nerang. Isi kursus adalah mengenai pengurusan stok dan aset. Kena tahu dan ambil tahu. Namun banyak mana yang telah tahu usah tanya, ye?

Sudah 3 minggu PnP telah berlalu. Ada lagi 39 minggu yang akan diharungi dengan kasih sayang dan izin Allah Swt. Ya! Dengan kasih sayang dan izin Allah SWT. Dengan kasih sayangnyalah kita masih bernyawa, bernafas, menghirup udara ciptaanNya. Memang wajar kita merasa diri kita disayangi Allah SWT. Kita dapat hidup dan makan dan minum dan berkeluarga dan bekerja, semuanya dengan ihsan dan izinNya.
Tanpa kasih sayangnya, kita mungkin telah mati, tidak bernyawa, dikafan dan ditanam dalam kubur untuk menghadapi fasa perjalanan menuju Allah SWT yang kedua.



Merasa dekat dengan Allah SWT dan menikmati kasih sayangNya bukan bermakna menjauhi dunia. Dunia mesti ada untuk dijadikan 'kuli' dan 'kuda tunggangan' dalam melaksanakan semua suruhanNya, meninggalkan segala laranganNya, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemaksiatan. Itu sahaja peranan dunia. Biarlah dunia sahaja yang cuba memuaskan kita dengan kehadirannya, bukan kita yang memuaskan dunia dengan kehadiran kita. Tiada maknanya menjadi hamba dunia. Apa tanda menjadi hamba dunia? Antaranya ialah melakukan segala yang ditegah dan dilarangNya samada melalui AlQuran mahupun melalui lisan KekasihNya, Nabi Muhammad SAW.

Saya mengajar ilmu Bahasa Inggeris di sekolah sekarang, SMK Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah. 7 tahun dulu pun mengajar Bahasa Inggeris. 6 tahun pertama pun saya mengajar Bahasa Inggeris di SMK Tok Muda Abdul Aziz, Sungai Siput, Perak. Dari Jun 1995 sehingga Mac 2003, saya menjalani kursus TESL di Universiti Malaya. Sebelum memasuki Universiti Malaya, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, saya adalah pelajar di sebuah institusi pengajian agama terkenal di Kedah - Maahad Mahmud, Simpang Kuala, Kedah Darulaman.

Bila melangkah masuk dalam kelas, saya tidak sama sekali melupakan ajaran yang saya perolehi sebelum ini. Ilmu agama yang saya perolehi selama 6 tahun setengah di Maahad Mahmud, saya serapkan dalam amalan pengajaran saya. Nilai2 murni didikan ustaz-ustazah yang dikasihi tidak pernah sama sekali dilupakan. Didikan agama yang saya perolehi telah membenamkan kejap satu sikap tulus kepada agama dalam menjalani tugas saya sekarang.

Ya! Sekarang saya mengajar Bahasa Inggeris. Dulu saya belajar Bahasa Arab. Keputusan kedua2 pelajaran ini dalam SPM saya adalah cemerlang. Ramai rakan2 mengambil jurusan agama dan mendalami Bahasa Arab. Namun, saya tidak meninggalkan membaca buku2 dalam Bahasa Arab sejak keluar dari maahad hinggalah sekarang. Alhamdulillah, didikan ustaz-ustazah telah berakar kukuh dalam diri saya - saya masih boleh membaca buku2 Bahasa Arab, biarpun saya sudah kurang menguasai perbendaharaan katanya. Itu akan diperbaiki.

Alhamdulillaah, saya telah memperolehi kemanisan dalam mengajar. Ini semua hasil semaian benih kefahaman agama ustaz-ustazah tercinta dahulu. Saya telah menyerapkan sebanyak mungkin nilai2 agama dalam pengajaran saya. Di samping itu, nilai2 kehidupun didikan arwah ayahanda dan bonda turut banyak menyumbang kepada kaedah pengajaran dan 'after-teaching service' saya. Saya tidak mengajar untuk membantu pelajar mendapat sebannyak A yang mungkin. Saya pergi lebih jauh. Saya mahu membantu mereka untuk cemerlang lebih lama, dan merasai nikmat manis kecemerlangan itu lebih lama.



Alhamdulillah, Allah telah menetapkan kaki saya atas jalan agamaNya. Inilah jihad saya. Jihad untuk memandaikan pelajar2 saya dalam ilmu Bahasa Inggeris. Mohon ditegur salah dan silap. Segalanya Untuk Allah!

HATI MANUSIA MILIK ALLAH SWT

Hatiku juga milik Allah SWT.. Membersihnya bukan satu kerja yang mudah.. Mengotorinya adalah satu kerja yang sangat senang.. Hati adalah harta milik Allah yang dipinjamkan kepada kita.. Di situlah bermula segala asal tindak-tanduk panca indera and anggota tubuh..

Maka nak mencucinya bagaimana? Senang sahaja - mohon pertolongan Pemiliknya yang hakiki.. Dia punya cara untuk mencucinya.. Renungi segala ajaran kekasihNya - Muhammad SAW.. Di situ akan ditemui penawar kebobrokan hati.. penyuci hati.. pewangi hati.. Bila hati sudah suci, maka ramailah yang akan tertarik, termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan.. Ya! Haiwan dan tumbuh-tumbuhan kan turut sama menikmati kesucian hati kita dengan cara yang hanya diketahui Yang Maha Bijaksana..

Hati juga perlukan pasangan.. Namun kadangkala ia ketemu.. kadangkala tidak.. Hati juga patuh pada takdir Allah atasnya.. Jika ada, adalah.. Maka pemilik tubuh yang hati berada di dalamnya haruslah bersabar.. Hati yang bersih dan bertaqwa kepada Allah sangat sedikit hari ini.. Lumrahnya yang sedikit itu biasanya sukar ditemui.. Namun, dengan izin Allah, kan ketemu jua..

Moga Allah merahmatiku dan memelihara ketulusan hatiku.. Moga hatiku ketemu akan pasangan sejatinya..

This is the time!!


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com