Kerana 'A', ramai ibu bapa berada di kedudukan sukar untuk menyeimbang kehidupan anak-anak mereka. Kerana 'A', mereka terpaksa meletakkan anak mereka dalam keadaan 'sibuk belajar' kerana beberapa sebab.
Pertama, menjauhkan trauma perbandingan kejam antara anak ini dengan anak itu. Jika 'anak ini' tidak dapat 'A', dia akan diletakkan dalam kumpulan gagal. Kedua, kehendak ibu bapa sendiri yang mahukan yang terbaik untuk 'anak ini'. 'Terbaik' di sini lebih disamaertikan dengan jumlah A maksimum yang diperolehi.
Berada di bidang pendidikan, saya berpeluang menelaah dan memahami perbezaan yang dimiliki oleh setiap individu bernama kanak-kanak yang kemudiannya bernama pelajar. Mereka memiliki kecenderungan berbeza. Apa yang sepatutnya dilakukan sejak berpuluh tahun dulu ialah kecenderungan berbeza ini dicanai sehingga menjadi satu aset kepada individu itu.
Apa yang berlaku sekarang ialah kita, secara tidak sedar, memberitahu pelajar-pelajar bahawa kemahiran kognitif sahaja jalan untuk berjaya. Kemahiran bertukang dan kemahiran seni muzik mahupun lukisan terutamanya dipinggirkan dan dianggap tidak punya masa depan. Pelajar-pelajar yang berkemahiran ini pula akan mendapat perhatian minimum, dan ini mewujudkan kelas pelajar yang tidak bermotivasi serta sering menimbulkan masalah kepada sekolah, keluarga dan masyarakat. Lalu, kebanyakan mereka ini dilanda Demam 'E'.
Tiada atau kurangnya perhatian kepada mereka telah mendorong mereka mencari panduan sendiri. Jika mereka punya kemahiran muzik, mereka akan merujuk kepada idola-idola muzik luar yang kebanyakkan pembawanya tidak atau kurang berakhlak. Mengapa jadi begitu? Pada pandangan saya, ini berlaku kerana kurangnya perhatian oleh sistem pendidikan sekarang dalam mencanai kemahiran muzik dan muzikal yang baik sehingga ke tahap cemerlang. Pelajar-pelajar yang berkemahiran muzik, bertukang dan seni lukis, sebagai contohnya, menduduki kasta rendah dalam sistem pendidikan.
Pelajar-pelajar cemerlang kognitif ini diberi perhatian serius dari segi mental, spiritual serta akademik. Diadakan kursus motivasi untuk mereka, majlis bacaan Yaasin, dibawa ke bengkel-bengkel jauh dan dekat dan ditawarkan pelbagai habuan. Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang kurang cemerlang akademik? Adakah kecemerlangan kemahiran mereka diraikan oleh sistem yang ada? Tidak adakah pendekatan yang sama dengan mereka? Cukupkah dengan mengadakan sekolah khas untuk mereka? Hantar mereka ke sana, dan 'Hah! Duduklah kamu diam-diam di sini.'
Jadi, apa yang boleh dibuat ialah dengan, pertama, merubah sistem yang ada agar tidak terlalu berfokuskan 'A' sebagai tahap kecemerlangan tertinggi agar stigma masyarakat terhadap pelajar-pelajar yang tidak cemerlang akademik boleh dihapuskan sedikit demi sedikit. Kedua, diharap agar anggota masyarakat turut sama berfikir sebelum bertindak 'keras' terhadap pelajar2 yang kurang cemerlang ini. Berlemah-lembut dengan mereka adalah ajaran Nabi Muhammad saw. Dan, yang terakhir, golongan pelajar sendiri mesti aktif membangunkan diri dalam apa jua bidang dan mengemaskini akhlak masing2.
Semoga Allah merahmati kita, rakyat Malaysia seluruhnya.
Thursday, September 8, 2011
Tuesday, September 6, 2011
Siang berganti malam...
Perubahan sentiasa berlaku dalam kehidupan.. Itulah sunnatullah.. Ia berlaku atas kehendak Allah SWT.. Siapa yang beriman akan mampu mengharunginya.. Pahit atau manis perubahan itu, seorang Mukmin akan hanya bersabar atau bersyukur... Bersedia menghadapi perubahan adalah ajaran Islam..
Bagaimana pula dengan membawa perubahan? Ambil sirah perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai pedoman membawa perubahan.. Perubahan dalam diri.. Perubahan dalam keluarga.. Perubahan dalam masyarakat.. Menghadapi perubahan pastinya sukar.. Lihatlah Nabi Muhammad SAW - gigih menyampaikan Islam yang menggentarkan lanskap Jahiliyyah di Makkah pada ketika itu.. Halangan besar kepada perubahan cara hidup Islami di Makkah ialah sikap pemimpin2 Jahiliyyah pada masa itu..
Demi memastikan kelangsungan Islam, Allah memerintahkan Nabi Muhammad SAW mengubah tapak pemula penyampaian Islam ke Yathrib (sekarang Madinah).. Perubahan ini memberi kesan besar pada umat Arab ketika itu dan dunia seluruhnya.. Islam berjaya tegak berdiri seteguh-teguhnya sehingga sinarnya sampai ke serata ceruk dunia.. Atas titah Allah SWT, Nabi Muhammad SAW perubahan besar kepada alam sejagat... Baginda SAW sangat kuat menghadapi rintangan dan godaan demi merubah dunia Jahiliyyah kepada dunia Islamiyyah...
Perubahan hanya berlaku untuk kebaikan Islam.. Islam itu sendiri tidak boleh diubah-ubah.. Kita mesti berubah menurut acuan Islam.. Islamlah agen perubahan yang terbaik untuk semua manusia - Utara, Selatan, Timur, mahupun Barat!

Pilihan di tangan... Ketentuan...Ilahi
Sudah 8 Syawal. Boleh dibaca sebagai 'sudah 8 hari dalam bulan Syawal' atau '8 hari sudah Ramadhan berlalu.' Rindukah kita kepada Ramadhan? Jika ya, zahirkan semangatnya di dalam 11 bulan yang lain. Tiada makna kerinduan tanpa pembuktian!
Lama sudah tidak mengedit blog ini. Lama juga bersendiri mengeditnya. Terfikir-fikir soal masa depan. Realiti tidak mengizinkannya. Namun, ada yang membisikkan pada saya - kepercayaan kepada Allah dan kekuasaanNya boleh menjadikannya satu kenyataan. Terfikir-fikir pula satu nama.... Apakah dia? Allah saja yang tahu.
Saya disifatkan sebagai cerewet, memilih, 'pikiaq lama sangat' dan lain-lain lagi. Hahahaha..
Dalam soal ini, Allah menjelaskan kepada saya yang jalan hidup kita berbeza-beza. Keadaan yang ada tidak mengizinkannya berlaku kepada kita biarpun ianya berbeza dengan orang lain. Memang saya rahsiakan banyak perkara. Biarkanlah mereka berteka-teki.
Saya berserah kepada Allah, di samping berusaha sedikit sebanyak.
Salam.

Saturday, April 2, 2011
Guru - Pendidik Lahir dan Batin
Guru adalah pendidik. Mereka mesti mendidik. Mendidik dalam Bahasa Arab bermaksud 'rabba [ra'-alif-ba'-ya (tidak bertitik)]. Untuk melihat hasilnya, si pendidik perlu menanti dalam jangka masa yang singkat dan juga lama. Si pendidik perlu dapat berhubung secara terus dengan anak-anak didik untuk melihat perkembangannya. Perkembangan mereka pula mungkin ke arah yang positif dan mungkin juga ke arah yang negatif. Si pendidik kena bersedia dengan minda terbuka. Jika si anak didik berubah ke arah yang negatif, tetapi masih mengekalkan perhubungan dengan si pendidik, si pendidik perlu meneruskan perhubungan itu tanpa prejudis. Biarpun kadangkala tidak terasa enak, tetapi si pendidik harus bersabar. Ingatlah, selama si anak didik berhubungan dengan pendidiknya, dia akan sentiasa ingat pesanan pendidiknya, termasuk yang pesanan yang menyentuh perubahan dirinya itu.
Sememangnya sukar di zaman ini untuk para guru berbuat begini. Tak menang tangan dengan kerja perkeranian dan keguruan lagi, hendak pula dipantau anak-anak pelajar setelah mereka telah tamat pengajian atau telah berpindah sekolah. Sememangnya berat. Namun, jika kita mahu melihat hasil kerja kita sebetul-betulnya, begitulah yang patut yang dilakukan. Tambahan pula jika kita, guru, berpindah sekolah.
Saya sedang melakukannya dengan pelajar2 sekolah lama saya. Yang dah habis mengaji, yang sudah bekerja dan juga yang masih belajar. Alhamdulillaah dengan dunia tanpa sempadan, saya masih dapat melakukannya. Saya gunakan segala pengalaman hidup yang ada untuk bersama mereka, berbicara dan berbual santai dengan mereka. Jika diminta nasihat saya berikan sedaya mampu. Jika diminta nota, saya berikan apa yang ada. Jika tak dapat dipenuhi permintaan mereka, saya akan mendoakan mereka - menyebut-nyebut nama-nama mereka dalam doa saya.
Ya! Kita ada doa sebagai senjata ampuh memelihara keharmonian perhubungan yang ada. Saya ada Allah sebagai Pembantu dalam mendidik sepanjang hampir 8 tahun perkhidmatan ini. Semoga saya terus mendapat bantuanNya dalam misi besar mendidik pelajar2 ini.

Friday, April 1, 2011
Lepasan SPM - Ke mana selepas ini?
Apa jua keputusan yang anda perolehi dalam SPM lepas, selepas ini anda perlu menentukan langkah seterusnya.. Anda ada tiga pilihan - dunia pendidikan atau dunia pekerjaan atau menganggur.. jika dunia pendidikan pilihan anda, di mana pula hendak disambung pengajian - kolej, universiti, Tingkatan 6? Jika dunia pekerjaan pula, apa pula pekerjaan yang boleh diperolehi dengan pencapaian yang dapat? Menganggur - bukan pilihan yang baik..
Begitulah seterusnya takah demi takah yang terpaksa dilalui, serta pilihan yang mesti dibuat.. tersilap pilih, padah jadinya.. Apa pun, Allah ada sebagai penunjuk jalan kepada kita.. Kita kaji baik2 pilihan yang ada, kemudian serahkan kepada Allah apa yang Dia mahukan buat kita..
Berhati-hatilah, wahai pelajar.. SEMOGA KALIAN DIBERKATI ALLAH SWT

Wednesday, March 30, 2011
Hujan Oh Hujan!
Hujan tidak henti-henti sekarang.. dah sampai pula khabar dari utara, bandar Kangar sudah dilanda banjir.. dalam berita TV pula, negara jiran sedang dilanda banjir juga.. ah! satu lagi banjir akan melanda utara semenanjung.. bersedialah dengan keimanan yang tinggi dan persiapan yang ampuh bagi menghadapi bencana ini..
Sebagai Muslim kita menerima semua ini sebagai ujian dari Allah SWT.. Ia juga boleh dianggap bala pencuci dosa2 kita terhadapNya.. Ribut yang melanda 2-3 hari yang lalu membawa kesan yang buruk juga.. Ini juga ujianNya..
Pasti siapapun tidak berani memarahi Allah SWT atas segala keburukan yang menimpa.. Baguslah kalau begitu.. Lebih bagus lagi kalau kita mengakui kesalahan kita dengan memohon ampun kepadaNya.. Mengapa pula? Tidakkah kita fikir semua yang menimpa kita ini adalah tanda kemurkaanNya atas berleluasanya maksiat di sekeliling, dan tiada siapa mahu mencegah dengan kuasa yang mereka ada.. lebih ramai berdiam diri dari berbuat sesuatu.. Aku pun salah seorang dari mereka.. Astaghfirullaah.. Ampunkan aku, ya Allah...
Moga mangsa2 ribut ini sabar dengan ujian dan bala yang menimpa.. Terimalah sebagai seorang hamba.. Kita, keluarga kita dan harta kita adalah milikNya..

Tahniah pasukan bolasepak Bawah 15 SMK Padang Terap, Kuala Nerang!
Mendapat berita gembira tentang pertandingan bolasepak peringkat daerah dari rakan2 guru.. Mohd. Firdaus Ahmad dan Anuar Rohizad. Tahniah Cikgu Anuar - bersama Cikgu Ahmad Razi - kerana kedua-dua pasukan sekolah Bawah 15 dan Bawah 18 berjaya mengisi 2 slot separuh akhir.
Yang terkini yang diterima ialah kejayaan pasukan Bawah 15 layak ke perlawanan akhir. TAHNIAH sekali lagi! Bagi pemain2 Bawah 18, cikgu tahu anda telah berusaha dengan baik. Anda telah bertungkus lumus, bermain dengan baik sekali. Sayang sekali, setiap perlawanan perlu ada pemenang. Jika bukan tahun anda, mungkin tahun adik2 anda nanti. Berikan sokongan kepada pemain2 Bawah 15 pula! Moga mereka pulang sebagai JUARA!!
YA! JUARA, JUARA & JUARA SEMATA-MATA!!!!

Tuesday, March 29, 2011
Berilusi dalam dunia pendidikan
Mudah sangat untuk berkata2.. Kadangkala takut juga jatuh dalam kandang orang yang 'cakap tak serupa bikin'.. Kerana bercakap ini juga aku dilabel ustaz.. Biarlah! Label-melabel ni hanya kerja pekerja pasaraya sahaja, bukan kerja mereka yang berilmu.. Alhamdulillah.. Setakat ini aku meniti jalan yang selamat..
Bukan mudah untuk membentuk diri sendiri menjadi insan yang berguna di sisi Allah dan di sisi manusia.. Bergandalah susahnya bila yang cuba dibentuk itu adalah anak 'orang'.. Setiap 5 hari seminggu saya berhadapan dengan anak 'orang'.. Mereka diamanahkan kepada saya....untuk menjadi apa? Siapa nak jawab soalan ini?
Jika mahu mereka berilmu dalam Bahasa Inggeris, insyaallah, saya akan usahakan bersungguh2 dengan hanya mengharapkan redha Allah.. Tapi pakcik@makcik@abang@kakak, ilmu sahaja tidak memadai jika saya tidak sulami mereka dengan akhlak yang baik.. Bolehkah saya buat begitu? (soalan laaagi!)
Pakcik bungkam.. Makcik pula akan berkata, "Buatlah apa yang patut, asalkan jangan patah-riuk sudah.." Abang pula akan berkata, sambil membetulkan kot dan tali lehernya, "Apa? Saya tak pandai ajaq anak ka? Cgu ajaq BI sudahlah! Jangan nak memandai2 bersyarah kat anak saya pulak. Saya saman sat gi!" Kakak? Kakak nak kata apa? "Kakak nak kata ini je.. Cikgu mengajar sajalah.. Kerja mendidik ni kerja saya.." sambil memakai kembali cermin mata hitamnya dan mengibas2 sapu tangannya..
Begitulah hari2ku sebagai seorang guru.. Soalan2 yang tak terungkap.. jawapannya dicari atau direka sesedap rasa.. Zaman serba moden ni banyak manusia merasa yang mereka ini serba hebat.. Ilusi kesenangan telah membutakan mata mereka dari hakikat bahawa mereka tertipu dan sedang lemas dalam lautan ilusi.. Ilusi kehebatan ini tidak membenarkan sebarang cubitan mahupun tikaman singgah di perut keegoan mereka.. Lantas, terbiarlah guru dengan khayalan sebuah dunia pendidikan yang penuh dengan pelajar2 bermoral tinggi dan berkeazaman tinggi untuk maju dalam pelajaran..
Bagiku, jikapun situasi berlaku, aku akan tetap memilih jalan yang selamat.. Aku berpegang dengan firman Allah SWT yang menyatakan bahawa dunia ini hanya mainan dan hiburan dan hiasan semata2..

Saturday, January 29, 2011
ISLAM, APA KHABAR DIRIMU?
Sedih memikirkan dikau dicaci, dikutuk, diperlekeh malah diperli. Aku sebagai pendokongmu, apa yang telah aku lakukan? Ajaran2 yang terkandung dalam dirimu telah banyak dipertikai. Apa pula yang aku buat untuk membelamu?
Ajaranmu tentang aurat dipersenda..
Ajaranmu tentang arak ditertawa..
Ajaranmu tentang hudud dihina-hina..
Ajaranmu tentang segalanya diinjak-injak dengan kata nista..
Ajaranmu mengajar aku agar memohon pertolongan Allah dengan jalan bersabar dan menunaikan solat..
Maka itulah yang aku lakukan..
Ya Allah! Berikanlah hidayah dan taufiq kepada mereka semua. Aamiin..

Tuesday, January 25, 2011
Wang: Sebagai Tuan atau Alat Kita?
Takut juga memikirkan yang wang boleh merajai kehidupan kita kalau ia berada di luar kawalan. Samada wang itu ada atau tiada, ia masih boleh menguasai kita. Ketika mempunyai wang, banyak sungguh keperluan kita sampai tiada masa untuk beribadat, menunaikan amanah dan bersosial. Ketika tiada wang pula, kita menyembunyikan diri dari manusia, malu dikatakan tidak berwang dan minda sentiasa memikirkan apa yang orang akan kata tentang kita. Maka kita pun beraksi di hadapan orang ramai seolah-olahnya kita berwang, sedangkan yang sebenarnya tidak. Wang merajai kita setiap masa tanpa kita sedari.

Wang tidak akan merajai kita kalau kita sedar yang wang itu kurniaan Allah SWT. Dia akan memberi kita wang pada masa yang Dia mahu, dan Dia akan menariknya dari kita bila-bila masa yang kita mahu. Bila kita sedar akan kekuasaan Allah SWT, wang tidak lagi menjadi 'raja' dalam hidup kita. Sebaliknya pula wang menjadi 'hamba'. Bila kita berwang, dan dalam masa yang sama kita ingat kekuasaan Allah SWT, kita akan berhati2 menggunakannya, mengingati semua suruh dan tegah Allah SWT berkenaan dengan wang. Wang menjadi 'hamba' - alat - yang memberi banyak kelapangan pada jasmani dan minda serta rohani. Malah wang yang dilaburkan kerana Allah SWT untuk apa jua urusan dunia, akan berganda pula di sisi ALlah SWT. Ketika itu wang bukan lagi sesuatu yang 'kotor' dan melalaikan, malah menjadi titi dalam menyampai rasa kasih kita kepada Allah SWT dan RasulNya.
Dalam keadaan tidak berwang, atau jumlah cukup-cukup makan sahaja, mengingati Allah SWT akan mengundang ketenangan dan kesabaran yang tinggi. Ya! Kesabaran yang tinggi. Manakan tidak tinggi, dengan segala barangan keperluan yang bukan setakat naik harga, malah tidak cukup bekalan pula, tanpa kesabaran, akan timbullah rasa mahu mencuri, mencopet, merompak, meragut dan seribu satu cara menambah wang dengan cara yang tidak halal.
Kesabaran yang tinggi di kala kesempitan yang membuahkan kegembiraan yang maha hebat bila kesempitan itu dapat dilalui dengan sabar dan tenang dan tidak melakukan perkara2 yang tidak dihalalkan ALlah SWT sebagai cara menambah pendapatan. Bila kesempitan bertukar kelapangan, tiada tergambarkan kegembiraan.
Penulis mengamati Bonda penulis sendiri yang hidup serba sederhana sejak dahulu hinggalah sekarang. Sekarang ini dia agak senang sedikit, namun sikapnya masih menampak kesederhaan dan kesiapsagaan andai kesempitan datang kembali. Bonda bukan seorang graduan IPT seperti penulis, namun Bonda memiliki kebijaksanaan dan kesabaran yang tinggi. Dia meminta penulis kurang menyebut2 kekurangan yang ada di hadapan orang lain, temasuk dia sendiri. Bukanlah dia menggalakkan hipokrisi. Bukan! Dia, bahkan, menggalakkan kesabaran yang turut terpancar dari kata2.

Saturday, January 22, 2011
Isi blog - Ada tema lain?
Pi mai, pi mai tang tu jugak! Soal hati dan soal sekolah ada tema isi blog saya setakat ini. Akan memikirkan tema baru, pengisian baru..
Itulah! Bila diceritakan tentang dapat kunci rumah baru, dikeluarkan cerita alu dan lesung.. Bila diceritakan tentang kereta, disebut2 pula 'Keta dah balancing ke belum?'.. Hmm..
...dah..

Kecemerlangan Berpanjangan
Alhamdulillaah telah selamat pulang menghadiri salah satu program wajib kakitangan awam di SMK Padang Terap, Kuala Nerang. Isi kursus adalah mengenai pengurusan stok dan aset. Kena tahu dan ambil tahu. Namun banyak mana yang telah tahu usah tanya, ye?
Sudah 3 minggu PnP telah berlalu. Ada lagi 39 minggu yang akan diharungi dengan kasih sayang dan izin Allah Swt. Ya! Dengan kasih sayang dan izin Allah SWT. Dengan kasih sayangnyalah kita masih bernyawa, bernafas, menghirup udara ciptaanNya. Memang wajar kita merasa diri kita disayangi Allah SWT. Kita dapat hidup dan makan dan minum dan berkeluarga dan bekerja, semuanya dengan ihsan dan izinNya.
Tanpa kasih sayangnya, kita mungkin telah mati, tidak bernyawa, dikafan dan ditanam dalam kubur untuk menghadapi fasa perjalanan menuju Allah SWT yang kedua.
Merasa dekat dengan Allah SWT dan menikmati kasih sayangNya bukan bermakna menjauhi dunia. Dunia mesti ada untuk dijadikan 'kuli' dan 'kuda tunggangan' dalam melaksanakan semua suruhanNya, meninggalkan segala laranganNya, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemaksiatan. Itu sahaja peranan dunia. Biarlah dunia sahaja yang cuba memuaskan kita dengan kehadirannya, bukan kita yang memuaskan dunia dengan kehadiran kita. Tiada maknanya menjadi hamba dunia. Apa tanda menjadi hamba dunia? Antaranya ialah melakukan segala yang ditegah dan dilarangNya samada melalui AlQuran mahupun melalui lisan KekasihNya, Nabi Muhammad SAW.
Saya mengajar ilmu Bahasa Inggeris di sekolah sekarang, SMK Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah. 7 tahun dulu pun mengajar Bahasa Inggeris. 6 tahun pertama pun saya mengajar Bahasa Inggeris di SMK Tok Muda Abdul Aziz, Sungai Siput, Perak. Dari Jun 1995 sehingga Mac 2003, saya menjalani kursus TESL di Universiti Malaya. Sebelum memasuki Universiti Malaya, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, saya adalah pelajar di sebuah institusi pengajian agama terkenal di Kedah - Maahad Mahmud, Simpang Kuala, Kedah Darulaman.
Bila melangkah masuk dalam kelas, saya tidak sama sekali melupakan ajaran yang saya perolehi sebelum ini. Ilmu agama yang saya perolehi selama 6 tahun setengah di Maahad Mahmud, saya serapkan dalam amalan pengajaran saya. Nilai2 murni didikan ustaz-ustazah yang dikasihi tidak pernah sama sekali dilupakan. Didikan agama yang saya perolehi telah membenamkan kejap satu sikap tulus kepada agama dalam menjalani tugas saya sekarang.
Ya! Sekarang saya mengajar Bahasa Inggeris. Dulu saya belajar Bahasa Arab. Keputusan kedua2 pelajaran ini dalam SPM saya adalah cemerlang. Ramai rakan2 mengambil jurusan agama dan mendalami Bahasa Arab. Namun, saya tidak meninggalkan membaca buku2 dalam Bahasa Arab sejak keluar dari maahad hinggalah sekarang. Alhamdulillah, didikan ustaz-ustazah telah berakar kukuh dalam diri saya - saya masih boleh membaca buku2 Bahasa Arab, biarpun saya sudah kurang menguasai perbendaharaan katanya. Itu akan diperbaiki.
Alhamdulillaah, saya telah memperolehi kemanisan dalam mengajar. Ini semua hasil semaian benih kefahaman agama ustaz-ustazah tercinta dahulu. Saya telah menyerapkan sebanyak mungkin nilai2 agama dalam pengajaran saya. Di samping itu, nilai2 kehidupun didikan arwah ayahanda dan bonda turut banyak menyumbang kepada kaedah pengajaran dan 'after-teaching service' saya. Saya tidak mengajar untuk membantu pelajar mendapat sebannyak A yang mungkin. Saya pergi lebih jauh. Saya mahu membantu mereka untuk cemerlang lebih lama, dan merasai nikmat manis kecemerlangan itu lebih lama.
Alhamdulillah, Allah telah menetapkan kaki saya atas jalan agamaNya. Inilah jihad saya. Jihad untuk memandaikan pelajar2 saya dalam ilmu Bahasa Inggeris. Mohon ditegur salah dan silap. Segalanya Untuk Allah!
HATI MANUSIA MILIK ALLAH SWT
Hatiku juga milik Allah SWT.. Membersihnya bukan satu kerja yang mudah.. Mengotorinya adalah satu kerja yang sangat senang.. Hati adalah harta milik Allah yang dipinjamkan kepada kita.. Di situlah bermula segala asal tindak-tanduk panca indera and anggota tubuh..
Maka nak mencucinya bagaimana? Senang sahaja - mohon pertolongan Pemiliknya yang hakiki.. Dia punya cara untuk mencucinya.. Renungi segala ajaran kekasihNya - Muhammad SAW.. Di situ akan ditemui penawar kebobrokan hati.. penyuci hati.. pewangi hati.. Bila hati sudah suci, maka ramailah yang akan tertarik, termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan.. Ya! Haiwan dan tumbuh-tumbuhan kan turut sama menikmati kesucian hati kita dengan cara yang hanya diketahui Yang Maha Bijaksana..
Hati juga perlukan pasangan.. Namun kadangkala ia ketemu.. kadangkala tidak.. Hati juga patuh pada takdir Allah atasnya.. Jika ada, adalah.. Maka pemilik tubuh yang hati berada di dalamnya haruslah bersabar.. Hati yang bersih dan bertaqwa kepada Allah sangat sedikit hari ini.. Lumrahnya yang sedikit itu biasanya sukar ditemui.. Namun, dengan izin Allah, kan ketemu jua..
Moga Allah merahmatiku dan memelihara ketulusan hatiku.. Moga hatiku ketemu akan pasangan sejatinya..

Thursday, January 20, 2011
Minggu ketiga di tahun 2011
Assalaamualikum wa rahmatullah..
3 minggu sudah pengajaran telah berlaku.. Alhamdulillaah dapat pelajar2 yang boleh dipimpin.. Moga mereka dapat terus dipimpin sehingga penghujung tahun ini atau selama saya dan mereka di sini.. Setahun lagi (mungkin) saya akan berada di sini, insyaallah.. Mahu saja saya pulang bertugas di Kubang Pasu kerana ia dekat denga rumah bonda dan juga rumah saya.. Boleh jimatkan belanja petrol, tenaga dan masa.. Namun, Allah ada rancangan yang lebih baik dari itu untuk aku, maka tak diizinkanNya aku pulang lagi ke Kubang Pasu.. Rezekiku masih di SMK Padang Terap, Kuala Nerang..
Pelajar2 yang berjaya dalam PMR lalu, kini sedang berhadapan dengan cabaran SPM yang berganda susahnya.. Dulu Sains satu pelajaran saja.. Sekarang dah pecah 3.. Dulu hanya Matematik Moden, sekarang tambah dengan Matematik Tambahan pula.. Tambah lagi dengan EST.. Aduh! "Boleh ka kuulang prestasi PMR dulu?"
Katakanlah, "BOLEH, INSYAALLAH!"
Nyata, tugasku bukan hanya mendidik.. Kena juga aku jadi pemberi semangat.. Ya! Motivator! Itu umpama minyak pelincir bagi melancarkan kelajuan pemahaman dan kemahuan mereka..
YA ALLAH! BANTULAH MEREKA!

Subscribe to:
Comments (Atom)
This is the time!!

Create a playlist at MixPod.com