Hujan tidak henti-henti sekarang.. dah sampai pula khabar dari utara, bandar Kangar sudah dilanda banjir.. dalam berita TV pula, negara jiran sedang dilanda banjir juga.. ah! satu lagi banjir akan melanda utara semenanjung.. bersedialah dengan keimanan yang tinggi dan persiapan yang ampuh bagi menghadapi bencana ini..
Sebagai Muslim kita menerima semua ini sebagai ujian dari Allah SWT.. Ia juga boleh dianggap bala pencuci dosa2 kita terhadapNya.. Ribut yang melanda 2-3 hari yang lalu membawa kesan yang buruk juga.. Ini juga ujianNya..
Pasti siapapun tidak berani memarahi Allah SWT atas segala keburukan yang menimpa.. Baguslah kalau begitu.. Lebih bagus lagi kalau kita mengakui kesalahan kita dengan memohon ampun kepadaNya.. Mengapa pula? Tidakkah kita fikir semua yang menimpa kita ini adalah tanda kemurkaanNya atas berleluasanya maksiat di sekeliling, dan tiada siapa mahu mencegah dengan kuasa yang mereka ada.. lebih ramai berdiam diri dari berbuat sesuatu.. Aku pun salah seorang dari mereka.. Astaghfirullaah.. Ampunkan aku, ya Allah...
Moga mangsa2 ribut ini sabar dengan ujian dan bala yang menimpa.. Terimalah sebagai seorang hamba.. Kita, keluarga kita dan harta kita adalah milikNya..
Wednesday, March 30, 2011
Tahniah pasukan bolasepak Bawah 15 SMK Padang Terap, Kuala Nerang!
Mendapat berita gembira tentang pertandingan bolasepak peringkat daerah dari rakan2 guru.. Mohd. Firdaus Ahmad dan Anuar Rohizad. Tahniah Cikgu Anuar - bersama Cikgu Ahmad Razi - kerana kedua-dua pasukan sekolah Bawah 15 dan Bawah 18 berjaya mengisi 2 slot separuh akhir.
Yang terkini yang diterima ialah kejayaan pasukan Bawah 15 layak ke perlawanan akhir. TAHNIAH sekali lagi! Bagi pemain2 Bawah 18, cikgu tahu anda telah berusaha dengan baik. Anda telah bertungkus lumus, bermain dengan baik sekali. Sayang sekali, setiap perlawanan perlu ada pemenang. Jika bukan tahun anda, mungkin tahun adik2 anda nanti. Berikan sokongan kepada pemain2 Bawah 15 pula! Moga mereka pulang sebagai JUARA!!
YA! JUARA, JUARA & JUARA SEMATA-MATA!!!!

Tuesday, March 29, 2011
Berilusi dalam dunia pendidikan
Mudah sangat untuk berkata2.. Kadangkala takut juga jatuh dalam kandang orang yang 'cakap tak serupa bikin'.. Kerana bercakap ini juga aku dilabel ustaz.. Biarlah! Label-melabel ni hanya kerja pekerja pasaraya sahaja, bukan kerja mereka yang berilmu.. Alhamdulillah.. Setakat ini aku meniti jalan yang selamat..
Bukan mudah untuk membentuk diri sendiri menjadi insan yang berguna di sisi Allah dan di sisi manusia.. Bergandalah susahnya bila yang cuba dibentuk itu adalah anak 'orang'.. Setiap 5 hari seminggu saya berhadapan dengan anak 'orang'.. Mereka diamanahkan kepada saya....untuk menjadi apa? Siapa nak jawab soalan ini?
Jika mahu mereka berilmu dalam Bahasa Inggeris, insyaallah, saya akan usahakan bersungguh2 dengan hanya mengharapkan redha Allah.. Tapi pakcik@makcik@abang@kakak, ilmu sahaja tidak memadai jika saya tidak sulami mereka dengan akhlak yang baik.. Bolehkah saya buat begitu? (soalan laaagi!)
Pakcik bungkam.. Makcik pula akan berkata, "Buatlah apa yang patut, asalkan jangan patah-riuk sudah.." Abang pula akan berkata, sambil membetulkan kot dan tali lehernya, "Apa? Saya tak pandai ajaq anak ka? Cgu ajaq BI sudahlah! Jangan nak memandai2 bersyarah kat anak saya pulak. Saya saman sat gi!" Kakak? Kakak nak kata apa? "Kakak nak kata ini je.. Cikgu mengajar sajalah.. Kerja mendidik ni kerja saya.." sambil memakai kembali cermin mata hitamnya dan mengibas2 sapu tangannya..
Begitulah hari2ku sebagai seorang guru.. Soalan2 yang tak terungkap.. jawapannya dicari atau direka sesedap rasa.. Zaman serba moden ni banyak manusia merasa yang mereka ini serba hebat.. Ilusi kesenangan telah membutakan mata mereka dari hakikat bahawa mereka tertipu dan sedang lemas dalam lautan ilusi.. Ilusi kehebatan ini tidak membenarkan sebarang cubitan mahupun tikaman singgah di perut keegoan mereka.. Lantas, terbiarlah guru dengan khayalan sebuah dunia pendidikan yang penuh dengan pelajar2 bermoral tinggi dan berkeazaman tinggi untuk maju dalam pelajaran..
Bagiku, jikapun situasi berlaku, aku akan tetap memilih jalan yang selamat.. Aku berpegang dengan firman Allah SWT yang menyatakan bahawa dunia ini hanya mainan dan hiburan dan hiasan semata2..

Subscribe to:
Comments (Atom)
This is the time!!

Create a playlist at MixPod.com