Tuesday, March 29, 2011

Berilusi dalam dunia pendidikan

Mudah sangat untuk berkata2.. Kadangkala takut juga jatuh dalam kandang orang yang 'cakap tak serupa bikin'.. Kerana bercakap ini juga aku dilabel ustaz.. Biarlah! Label-melabel ni hanya kerja pekerja pasaraya sahaja, bukan kerja mereka yang berilmu.. Alhamdulillah.. Setakat ini aku meniti jalan yang selamat..

Bukan mudah untuk membentuk diri sendiri menjadi insan yang berguna di sisi Allah dan di sisi manusia.. Bergandalah susahnya bila yang cuba dibentuk itu adalah anak 'orang'.. Setiap 5 hari seminggu saya berhadapan dengan anak 'orang'.. Mereka diamanahkan kepada saya....untuk menjadi apa? Siapa nak jawab soalan ini?

Jika mahu mereka berilmu dalam Bahasa Inggeris, insyaallah, saya akan usahakan bersungguh2 dengan hanya mengharapkan redha Allah.. Tapi pakcik@makcik@abang@kakak, ilmu sahaja tidak memadai jika saya tidak sulami mereka dengan akhlak yang baik.. Bolehkah saya buat begitu? (soalan laaagi!)

Pakcik bungkam.. Makcik pula akan berkata, "Buatlah apa yang patut, asalkan jangan patah-riuk sudah.." Abang pula akan berkata, sambil membetulkan kot dan tali lehernya, "Apa? Saya tak pandai ajaq anak ka? Cgu ajaq BI sudahlah! Jangan nak memandai2 bersyarah kat anak saya pulak. Saya saman sat gi!" Kakak? Kakak nak kata apa? "Kakak nak kata ini je.. Cikgu mengajar sajalah.. Kerja mendidik ni kerja saya.." sambil memakai kembali cermin mata hitamnya dan mengibas2 sapu tangannya..

Begitulah hari2ku sebagai seorang guru.. Soalan2 yang tak terungkap.. jawapannya dicari atau direka sesedap rasa.. Zaman serba moden ni banyak manusia merasa yang mereka ini serba hebat.. Ilusi kesenangan telah membutakan mata mereka dari hakikat bahawa mereka tertipu dan sedang lemas dalam lautan ilusi.. Ilusi kehebatan ini tidak membenarkan sebarang cubitan mahupun tikaman singgah di perut keegoan mereka.. Lantas, terbiarlah guru dengan khayalan sebuah dunia pendidikan yang penuh dengan pelajar2 bermoral tinggi dan berkeazaman tinggi untuk maju dalam pelajaran..

Bagiku, jikapun situasi berlaku, aku akan tetap memilih jalan yang selamat.. Aku berpegang dengan firman Allah SWT yang menyatakan bahawa dunia ini hanya mainan dan hiburan dan hiasan semata2..

This is the time!!


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com