Friday, September 17, 2010

22 tahun lagi....

Minggu depan sekolah akan bermula di Kedah. Cuti raya dah habis. Akan kembali menyarung rutin yang dipakai sejak 8 bulan yang lalu. Terfikir juga kadang-kadang - berapa lama lagi aku akan berada di sekolah? Akan tetapkah aku di sekolah 22 tahun lagi? Jemukah yang mengasakku dengan soalan2 ini? Tidak jemu sebenarnya. Seronok menjadi guru. Setakat ini - 7 tahun dalam perkhidmatan perguruan - manis-pahit mengajar dah dirasa..

Beberapa bekas pelajar sekolah di Sungai Siput dahulu ada menyebut2 itu-ini tentang gaya dan sikap saya semasa di sekolah dan semasa mengajar mereka.. Banyak yang mengungkit kepositifan.. :) Takut sebenarnya bila dipuji.. Namun saya terima seadanya.. Jauh di sudut hati, tugas keguruan ini saya galas dengan ingatan ia adalah amanah Allah SWT kepada saya.. Saya menyimpan sekejap mungkin dalam ingatan bahawa tugas ini akan disoal kembali oleh Allah SWT di Mahsyar nanti.. Lalu, saya laksanakanlah tugas keguruan ini dengan bersungguh-sungguh..

Cabaran terbesar dalam tugas ini ialah membuang jauh-jauh fobia kepada Bahasa Inggeris dalam diri pelajar. Masih banyak yang fobia bila saya meninggalkan sekolah di Sungai Siput itu. Saya dah buat apa yang terdaya. Di saat orang sana-sini mempersoalkan wibawa Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, saya pula menekankan peri pentingnya penguasaan bahasa ini. Memang sukar membuang sifat suka kepada pencapaian  ala kadar dalam Bahasa Inggeris. Hanya dengan pertolongan Allah yang memiliki hati2 manusia ini sajalah fobia dan kesukaran ini dapat dihancurkan!

Dalam memudahkan pembelajaran pelajar, saya selalu sentiasa menjadikan pengajaran saya berlangsung  dalam keadaan ceria dan tenang. Tiada siapa yang percaya bahawa saya yang serius ni boleh membuatkan pelajar seronok dan gembira dalam kelas.. MEMANG RUPA SAYA SERIUS. Itulah pemberian Allah pada saya.. Ada yang mengandaikan yang pelajar2 saya ni mesti bosan dalam kelas saya.. Susah la kalau mereka tak mahu percaya.. Terpulanglaaahhhh...

Hasilnya macamana? Cemerlangkah mereka dengan kaedah ini?

Jika pelajar2 saya cemerlang kerana pengajaran saya, itu adalah bonus bagi saya.. Namun, kalau untuk cemerlang saya perlu guna kaedah selain dari kaedah di atas, minta maaf lah! Pelajar2 ni, bagi saya, adalah manusia mulanya. Lalu saya layan kemanusiaan mereka dengan sifat manusiawi saya.

Yang kedua dan terakhir, pelajar ini bagi saya, ada kebolehan masing2. Tidak semuanya cekap berbahasa. Apatah lagi Bahasa Inggeris.. Jadi, sambil mengajar, saya menilai kemampuan mereka secara kasar - setakat mana mereka boleh menguasai Bahasa Inggeris.. Perbezaan di kalangan mereka saya tandai dengan memberikan perhatian khusus kepada yang lemah dan agak lemah. Kemudiannya, saya kembali ke hadapan kelas dan mengungkapkan kata2 semangat dan ingatan kepada Allah SWT..

Selama 22 tahun akan datang beginilah yang berlaku dalam kelas saya, insyaallah.. Ide-ide baru sangat dialu-alukan.. Moga Allah SWT mengampuni kecuaianku dalam mengajar dan mendidik peljar2 ku yang dulu dan sekarang..

This is the time!!


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com