Assalaamualikum wa rahmatullah..
3 minggu sudah pengajaran telah berlaku.. Alhamdulillaah dapat pelajar2 yang boleh dipimpin.. Moga mereka dapat terus dipimpin sehingga penghujung tahun ini atau selama saya dan mereka di sini.. Setahun lagi (mungkin) saya akan berada di sini, insyaallah.. Mahu saja saya pulang bertugas di Kubang Pasu kerana ia dekat denga rumah bonda dan juga rumah saya.. Boleh jimatkan belanja petrol, tenaga dan masa.. Namun, Allah ada rancangan yang lebih baik dari itu untuk aku, maka tak diizinkanNya aku pulang lagi ke Kubang Pasu.. Rezekiku masih di SMK Padang Terap, Kuala Nerang..
Pelajar2 yang berjaya dalam PMR lalu, kini sedang berhadapan dengan cabaran SPM yang berganda susahnya.. Dulu Sains satu pelajaran saja.. Sekarang dah pecah 3.. Dulu hanya Matematik Moden, sekarang tambah dengan Matematik Tambahan pula.. Tambah lagi dengan EST.. Aduh! "Boleh ka kuulang prestasi PMR dulu?"
Katakanlah, "BOLEH, INSYAALLAH!"
Nyata, tugasku bukan hanya mendidik.. Kena juga aku jadi pemberi semangat.. Ya! Motivator! Itu umpama minyak pelincir bagi melancarkan kelajuan pemahaman dan kemahuan mereka..
YA ALLAH! BANTULAH MEREKA!


