Alhamdulillah! SMK Padang Terap merangkul gelaran JUARA bergu perempuan Bawah 18 tahun dalam pertandingan peringkat daerah tadi. Tahniah kepada NORAIN ZAKARIA dan SITI SHAFIRAH ISMAIL.
Mererka bermain dengan baik, terutama semasa di peringkat suku akhir, di mana mereka dapat mengejar dan menewaskan lawan mereka dari SMK PEDU biarpun ketinggalan 10 mata. Saya melihat di situ adanya kekuatan mental dalam diri mereka, dan mereka tidak putus asa. Saya sering diberitahu bahawa pasukan SMK PEDU adalah pasukan terbaik. Takut juga saya atas nasib mereka di gelanggang nanti. Namun, dengan kesungguhan dan doa, mereka menang perlawanan suku akhir itu. Di perlawanan akhir pula, pasukan yang ditewaskan juga dari SMK PEDU.
Dengan kemenangan ini juga, saya telah menewaskan - buat ke sekian kalinya persepsi bahawa 'TIADA DEWAN, MAKA TIADA KEMENANGAN'. Saya sudah buktikannya semasa di SMK TOK MUDA ABDUL AZIZ, S. Siput, Perak dahulu. Sekolah itu juga tiada dewan. Sewa sahaja dewan lain. Namun, di Padang Terap ini, tiada dewan yang dapat digunakan. Yang ada hanya gelanggang terbuka di kawasan asrama. Setiap kali hendak pukul, terpaksa menunggu angin reda. Alhamdulillah, saya dan pelaja2 yang juga pemain2 saya dapat mengatasinya dan bersabar. Kemenangan yang merupakan milik Allah ini diberikan kepada kami.
Biarpun agak sedikit kecewa kerana mereka tidak terpilih mewakili daerah (begitu juga peserta perempuan sekolah lain), saya rasa cukuplah bagi SMK PADANG TERAP untuk menjuarainya. Sepatutnya, pihak PPD Padang Terap lebih bertimbang rasa dengan perasaan pelajar yang bertanding. Saya pasti semuanya punya impian mewakili daerah. Namun, impian iti berkubur tanpa nisan!
Itulah tugas terakhir saya di SMK PADANG TERAP ini. Alhamdulillah, berkahir dengan kecemerlangan. Saya hanya mengharapkan ganjaran dari Allah atas usaha ini. Hari Isnin ini, bermulalah tugas saya di sekolah baru - SMJK KEAT HWA 2, Jalan Kuala Kedah. Semoga SMK PADANG TERAP terus cemerlang!


