Tuesday, September 21, 2010

Ujian Keteguhan Iman...Bersendirian menghadapinya...

Bersyukurlah dengan nikmat kehidupan yang masih diberi Allah SWT.. Di dalamnya ada peluang untuk memohon ampun atas segala kesalahan dan kekhilafan dulu dan kini.. Di dalamnya ruang dan peluang untuk melakar harapan & impian untuk meniti Titian Sirat sepantas kilat untuk menikmati Syurga Allah SWT!. Di dalamnya jua ada cabaran dan dugaan yang bertindak umpama duri2 bunga kertas atau duri2 kaktus yang menghalang si musafir dahaga mematahkannya bagi mengambil dan meneguk airnya..

Selagi hidup dan diberi segugus nyawa lagi, berusahalah untuk berbuat kebaikan dan menyuruh berbuat kebaikan. Berusahalah juga untuk menjauhi kemaksiatan dan melarang sesama manusia dari berbuat manusia. Sesungguhnya tugas ini tidak hanya terbeban kepada si Ustaz dan si Ustazah semata. Mana yang berilmu agama, biar berpakaian kontraktor sekalipun, biar berpakaian kelasi sekalipun, biar berpakaian renjer hutan sekalipun, biar berpakaian korporat kolar putih, sampaikanlah ajaran agama ini.

Masa berjalan tak menunggu sesiapa! Tidak ia kan menunggu Nabil Ahmad atau sesiapa! Ia tidak menunggu sesiapa kecuali diperintah Allah SWT untuk berbuat demikian.

Bersedialah sebelum terlambat!

Sunday, September 19, 2010

Kamilia Sofea bt. Sabir Ahmad, cucu saudara pertamaku, cicit pertama Bonda Zainab Hj. Mat Abu

Malam tadi pangkatku bertambah lagi.. 18 September jam 11 malam tadi di Hospital Besar Kangar, Perlis, Fazilah selamat melahirkan Kamilia Sofea bt. Sabir Ahmad b. Mohamud Fouzi b. Hj. Ahmad b. Hj. Kasim b. Hj. Ismail. Maka dengan rasminya aku dah ada pangkat TOKSU! Sekian.

Friday, September 17, 2010

22 tahun lagi....

Minggu depan sekolah akan bermula di Kedah. Cuti raya dah habis. Akan kembali menyarung rutin yang dipakai sejak 8 bulan yang lalu. Terfikir juga kadang-kadang - berapa lama lagi aku akan berada di sekolah? Akan tetapkah aku di sekolah 22 tahun lagi? Jemukah yang mengasakku dengan soalan2 ini? Tidak jemu sebenarnya. Seronok menjadi guru. Setakat ini - 7 tahun dalam perkhidmatan perguruan - manis-pahit mengajar dah dirasa..

Beberapa bekas pelajar sekolah di Sungai Siput dahulu ada menyebut2 itu-ini tentang gaya dan sikap saya semasa di sekolah dan semasa mengajar mereka.. Banyak yang mengungkit kepositifan.. :) Takut sebenarnya bila dipuji.. Namun saya terima seadanya.. Jauh di sudut hati, tugas keguruan ini saya galas dengan ingatan ia adalah amanah Allah SWT kepada saya.. Saya menyimpan sekejap mungkin dalam ingatan bahawa tugas ini akan disoal kembali oleh Allah SWT di Mahsyar nanti.. Lalu, saya laksanakanlah tugas keguruan ini dengan bersungguh-sungguh..

Cabaran terbesar dalam tugas ini ialah membuang jauh-jauh fobia kepada Bahasa Inggeris dalam diri pelajar. Masih banyak yang fobia bila saya meninggalkan sekolah di Sungai Siput itu. Saya dah buat apa yang terdaya. Di saat orang sana-sini mempersoalkan wibawa Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, saya pula menekankan peri pentingnya penguasaan bahasa ini. Memang sukar membuang sifat suka kepada pencapaian  ala kadar dalam Bahasa Inggeris. Hanya dengan pertolongan Allah yang memiliki hati2 manusia ini sajalah fobia dan kesukaran ini dapat dihancurkan!

Dalam memudahkan pembelajaran pelajar, saya selalu sentiasa menjadikan pengajaran saya berlangsung  dalam keadaan ceria dan tenang. Tiada siapa yang percaya bahawa saya yang serius ni boleh membuatkan pelajar seronok dan gembira dalam kelas.. MEMANG RUPA SAYA SERIUS. Itulah pemberian Allah pada saya.. Ada yang mengandaikan yang pelajar2 saya ni mesti bosan dalam kelas saya.. Susah la kalau mereka tak mahu percaya.. Terpulanglaaahhhh...

Hasilnya macamana? Cemerlangkah mereka dengan kaedah ini?

Jika pelajar2 saya cemerlang kerana pengajaran saya, itu adalah bonus bagi saya.. Namun, kalau untuk cemerlang saya perlu guna kaedah selain dari kaedah di atas, minta maaf lah! Pelajar2 ni, bagi saya, adalah manusia mulanya. Lalu saya layan kemanusiaan mereka dengan sifat manusiawi saya.

Yang kedua dan terakhir, pelajar ini bagi saya, ada kebolehan masing2. Tidak semuanya cekap berbahasa. Apatah lagi Bahasa Inggeris.. Jadi, sambil mengajar, saya menilai kemampuan mereka secara kasar - setakat mana mereka boleh menguasai Bahasa Inggeris.. Perbezaan di kalangan mereka saya tandai dengan memberikan perhatian khusus kepada yang lemah dan agak lemah. Kemudiannya, saya kembali ke hadapan kelas dan mengungkapkan kata2 semangat dan ingatan kepada Allah SWT..

Selama 22 tahun akan datang beginilah yang berlaku dalam kelas saya, insyaallah.. Ide-ide baru sangat dialu-alukan.. Moga Allah SWT mengampuni kecuaianku dalam mengajar dan mendidik peljar2 ku yang dulu dan sekarang..

Wednesday, September 8, 2010

AIDIL FITRI AL MUBARAK 1431H

Ramadhan dah sampai ke penghujung.. Alhamdulillah berjaya menikmati Ramadhan sebaik mungkin.. Dalil pengabdian kepada Allah SWT akan tetap diteruskan.. Tiada ibadah kerana Ramadhan.. Ibdaha hanya semata-mata untuk Allah SWT.

Syawal yang akan datang akan sekali lagi membantu memperkukuhkan silaturrahim sesama kita.. Tiada yang lebih diharapkan melainkan kesejahteraan perhubungan.. Yang kukuk bertambah kukuh.. Yang terputus bertaut kembali.. Dan ia bermula di penghujung Ramadhan, bulan rahmat dan kebaikan.. Tidakkah ini satu kebaikan yang akan digandakan pahalanya di sisi Allah SWT..

Setiap hari kita menanggung amanah.. Setiap hari kita menanggung amanah Allah SWT ke atas diri kita.. Setiap hari kita menanggung amanah Baginda Rasulullah SAW.. Setiap hari kita menanggung amanah kerja.. Setiap hari kita menanggung amanah kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga lain.. Setiap sesuatu yang kita miliki jua amanah yang akan dipertanggungjawabkan di Hari Qiyamah.. Bersediakah kita dengan jawapan bagi setiap amanah2 ini?

Hari Raya nanti adalah nikmat Tuhan ke atas kita yang masih bernyawa pada 1 Syawal.. Berbahagialah kita yang dapat menyambutnya dalam aman harmoni seperti sekarang.. Bersediakah kita untuk meneruskan amalan2 yang telah kita terapkan dalam diri kita dalam Ramadhan? Bersediakah kita memenuhkan masjid dan surau untuk berjemaah biarpun nyamuk dan kelkatu dan panas menghurungi kita? Bersediakah kita untuk terus bersedekah - apa jua - wang, tenaga, harta benda? Semua soalan2 ini sebenarnya untuk saya jawab dengan amalan.. Bercakap begini bukan bermakna saya ini suci bersih.. Saya masih ada kekurangan.. Namun menanti kekurangan menjadi lebih baru nak bercakap, kita hanya mementingkan diri sendiri! Dalam menegur orang pun, penegur sebenarnya menegur diri sendiri..

Ya! Serius benar posting saya ni.. "rilek la brader!!! raya staun skali maa.." Saya jua tahu sedikit sebanyak bagaimana untuk bergembira.. Namun kena ingat juga hakikat yang menaungi kita setiap saat hidup kita di dunia ini agar kita bergembira dalam SEDAR!!!

Monday, August 30, 2010

RAMADHAN MENITI PENGHUJUNG...Sedihkah kita?

Hari ni 30 Ogos 2010, bersamaan 20 Ramadhan 1431H.. 10 atau 9 hari lagi Ramadhan akan berada di sekitar kita, menanti sapaan kita.. menanti kunjungan kita bagi menikmati pelbagai hidangan syurga yang terbentang di hamparan tikar sejadah, permaidani, maupun tikar mengkuang surau dan masjid di muka bumi ini..

Hari ini juga sekumpulan manusia akan sibuk berlatih untuk persembahan2 sempena menyambut Ambang Merdeka ke 53.. Tidaklah saya mempersoalkan kewajaran sambutan itu kecualilah ia bersendi syariat dan syiar Islam, di samping meraikan keberadaan Ramadhan di tengah laman kehidupan kita ini.. Saya lebih teruja untuk menyambut saat2 bersama Allah, mendoakan Malaysia, negara tempat tumpah darah bonda yang melahirkan saya 34 tahun, 32 hari yang lalu.. Saya akan mendoakan Malaysia kekal aman sejahtera dalam kemerdekaan dari penjajahan fizikal maupun penjajahan minda dan rohani..

Di bulan puasa ini, sambutan Ambang Merdeka ke 53 pastinya akan disulam dengan bacaan Yaasin dan doa selamat.. Tiada samasekali bentuk hiburan yang membabitkan artis2 yang lupa adab sopan Islam, yang bercampurgaul tanpa sempadan adab dan syariat.. Semua kerana MENGHORMATI RAMADHAN..

MENGHORMATI RAMADHAN? SYAWAL? ZULQAEDAH, ZULHIJJAH & BULAN2 LAIN - adakah akan dihormati juga?

TUHAN RAMADHAN? Mana penghormatan untuk Tuhan Ramadhan? Mana bukti wujudnya Tuhan Ramadhan dalam amalan kita?

Masih juga ingin saya mendoakan kesejahteraan MALAYSIA biarpun suasana sekarang di bumi Malaysia ini begini.. Dalam Surah Yusuf, Allah berpesan supaya kita tidak berputus asa..

Sesungguhnya saya lebih sedih mengenangkan Ramadhan yang menghampiri saat2 berpergiannya.. Bukan kerana Ramadhan itu Ramadhan.. Tapi kerana di dalam Ramadhan Allah SWT menawarkan ganjaran yang tak terbilang bagi yang mengaku HAMBA..

Manifestasi sedih saya, wahai pembaca, tak dapat anda lihat.. Mungkin ini hanya bicara kosong bagi mengisi masa kosong.. Mungkin ini hanya coretan bagi mengisi ruang blog ini yang kosong sejak 8 Ogos lalu.. Apa yang saya boleh katakan ialah - jika anda, wahai pembaca blog saya, ingin merasai apa yang saya rasai, buktikan dengan amal ibadat yang tulus dan ikhlas kepadanya di Ramadhan ini, dan dengan niat meneruskannya di luar Ramadhan..

Sekian.. Mau memulakan pengisian 10 malam terakhir..
Wassalaamualaikum..

Sunday, August 8, 2010

MINGGU SAMBUT PUASA & BERPUASA

Hari ini ke skolah seperti biasa.. cuma laluan sudah berubah.. la ni ambik laluan KEPALA BATAS - HUTAN KAMPUNG - PEKAN LANGGAR - POKOK SENA - KUALA NERANG - PADANG NYIOR dan akhir SMK PADANG TERAP.. Jumlah masa 50 minit.. jarak 54km.. Alhamdulillaah sampai ke sekolah dengan selamat.. Dan alhamdulillaah sampai ke rumah pula dari skolah dengan selamat..

Sepanjang jalan dari HK sampai PS  agak tidak selesa bagi sebuah mesin berenjin bernama kereta ni.. ditambah pula dengan jalan yang sempit, lubang sana-sini, turun-naik jalan, kona sana-sini... sangat perlu berhati2.. sayang kereta BEBBB!!

Kesian jugak kat kereta.. xbleh merasa baru.. comot sokmo sepanjang minggu.. jalan di PADANG TERAP pun tidak kurang hebatnya.. hujan yang turun memercik lumpur dan kotoran ke sana-sini badan kereta bila disinggah tayar.. boleh menari gelek2 pulak dalam kereta... hikhikhikhik.. sapa tak sayang kereta BEBBB!!!

t

Saturday, June 19, 2010

Syurga di bawah tapak kakinya

(i)

Kak Cik Nat sekeluarga dah pulang jam 9 pg tadi.. Ada kenduri di rumah kakak iparnya di Bagan Serai, Perak... Anaknya dua sahaja, lelaki, Muhammad dan Musa Dzulqarnain.. Seorang suka makan kuih lapis, seorang suka makan kuih pau.. seorang suka makan karipap, seorang suka makan jambu.. seorang ni suka makan kuil lopeh.. Yang paling muda antara keduanya xsuka makan ikan.. ayam je dibedalnya.. char kueh teow dua2 blasah spi licin.. hehehehe



(ii)

Sebentar tadi ibu memanggil aku, minta diurut buku lalinya dengan minyak angin.. Melihat urat kaki ibu yg berselirat itu, mata ini bergenang..mengenang susahpayahnya dulu.. diminta aku mengurut buku lalinya dan jari2 kakinya.. inilah dia kaki insan telah bersusahpayah sejak mudanya hingga tuanya.. Sikapnya yang mahukan yang terbaik dalam segala hal mendorongnya untuk tidak duduk diam.. jika satu telah aku ambil alih darinya, dia akan buat kerja lain pula.. begitulah seterusnya dalam kerja2 lain di rumah.. dia akan hanya duduk rehat bila letih dan sakit2..

Xmampu nak membalas budinya.. Xmampu.. kadang2 hanya mampu menangisi susahpayah ibu dalam hati.. biar Allah saja yang tahu apa yang aku rasa.. Bila begitu keadaanku, aku akan samada berdiam diri atau menyibukkan diriku dengan sebarang kerja.. 

Moga Allah memanjangkan umurnya dalam amal ibadah.. Moga Allah menghadirkan seorang suri hidup buatku yang sedia membantuku dalam membantu ibu.. Aamiin..


Friday, June 18, 2010

CUTI-CUTI..tak ke mana-mana

Lusa akan kembali ke sekolah. Rutin harian sebelum cuti ni akan bermula kembali. Cuti kali ini saya hanya menziarahi 2-3 rakan guru di Sungai Siput.. bermain badminton bersama mereka.. dapat jua bertemu saudara2 kandung.. silaturrahim telah diperbaharui.. moga kekal sampai sehingga bercerai mati..

Masa cuti ini banyak juga membaca buku2 yang dibeli sebelum ini.. Selain itu, masa banyak dihabiskan bersama bonda. Sangat bersyukur pada Allah dapat bersama Bonda di hari2 tuanya.. Selalu saja berusaha menjadi anak lelaki yang  baik.. Namun terganggu juga oleh nafsu yang menghalang diri memenuhi kehendak dan keperluan ibu..

antara kerja yang dibuat masa cuti ini ialah memeriksa kertas peperiksaan pelajar.. didapati majoriti pelajar masih gagal menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.. malah ada terlupa teknik penulisan asas seperti menulis huruf besar perkataan di awal ayat, lupa menoktahkan ayat dan salah ejaan.. maka terdetiklah satu kesimpulan - banyak lagi kerja yang kena dibuat.. sukarnya Bahasa Inggeris ini untuk diajar adalah bila pelajar2 tidak meningkatkan bacaan Bahasa Inggeris mereka.. Berilah apa jua alat nahu yang perlu dan wajib, apa mereka nak tulis jika tiada idea.. lantas keluarlah idea2 mengarut.. ditambah lagi dengan nahu yang entah apa-apa.. Ya Allah! bantulah hambamu ini.. Aku nak bantu depa! Berilah mereka hidayah untuk merubah sikap terhadap Bahasa Inggeris ke arah yang lebih positif.

Sebagai guru, saya tidak akan sambil lewa.. Inilah ikrar saya sejak mula mengajar.. Biarlah pelajar2 mengambil masa selama mana yang mereka mau untuk memajukan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.. Saya, sebagai guru dan juga hamba Allah, saya akan berikan yang terbaik..

Inilah saja nak dicoret pagi Jumaat ni.. baru saja balik dari nat beli tomato hijau, ayam, ikan nyok2, lobak merah, buah epal dan anggur.. cuti atau tidak cuti, minda guru tak pernah cuti nampaknya.. hahahaha.. Allah jua sebaik2 Penolong..

Saturday, May 29, 2010

HALAL JUDI, HALALLAH BALA ALLAH KE ATAS KITA!

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah..

Saat-saat sekarang teringatkan Bosnia dan apa yang berlaku padanya.. Teringat juga apa yang menyebabkan semua yang telah berlaku itu.. Di Malaysia, sekarang ini judi telah dihalalkan.. Masya allah.. Manusia muslim kerdil di Malaysia ni ada yang berani melawan hukum Allah yang terang2 mengharamkan judi dan arak.. Ayat Quran tersebut juga menyebut kesan2 buruk judi dan arak.. Sebelum ini kita ada icon CARSLBERG bagi arak.. Sekarang BERJAYA pula menjadi ikon bagi judi..

Adakah manusia2 yang menghalalkan judi ini serta yang menyokong penghalalannya secara terang mahupun secara senyap telah ada kaedah untuk lari dari bala Allah SWT atas segala kejahatan ini? Mungkinkah syaitan2 yang berada di Amerika Syarikat dan Israel itu pelindungnya?

Siapa saja yang menyokong penghalalan ini, anda tanggunglah dosa kebobrokkan sosial yang menjadi lebih parah dengan penghalalannya.. Sesiapa saja yang membaca ini yang masih ingin bersama pihak yang menghalalkan judi ini, ceraikan diri anda dari mereka sebelum terlambat..

BERTAUBATLAH SEBELUM BADAN BERSATU DENGAN TANAH!

Thursday, May 27, 2010

Amanah & Keikhlasan

KHAMIS 27 Mei 2010

Assalaamu'alaikum wa rahmatullah..

Ucapan salam di atas adalah ucapan penuh barakah yang memberi pahala kepada yang mengucapnya dan memberi pahala pula bagi yang menjawab.. Ucapan salam yang sempurna dan sampai maksudnya ke dalam hati pendengarnya menandakan silaturrahim yang masih erat sesama saudara sekeluarga dan kenalan jauh dan dekat, yang dapat dilihat maupun tidak.. Ucapan salam yang selainnya memberi maksud yang berbeza - mungkin maksud yang baik, mungkin maksud yang kabur, berjerebu dan sebagainya...

Hari ini keluar rumah jam 635 pagi.. sampai di SMK PADANG TERAP pada jam 725 pagi.. menyusuri jalan Kg Kepala Batu, melintasi simpang ke SK SERI BANAI, lalu di hadapan SK PENGHULU HAJI DARUS, Wang Tepus.. seeterusnya menghala ke Kuala Pai, sampai di simpang 3 bersebelahan MASJID KAMPUNG KUALA PAI.. masuk ke kanan untuk meneruskan perjalanan menyusuri beberapa selekoh, melintas beberapa kampung kecil sebelum sampai ke FELDA BUKIT TEMBAGA dan SK BUKIT TEMBAGA..

Di situ, kenderaanku bernama (bernombor) KCE 663 berhenti bagi membolehkan anak didik sekolah rendah melintas.. dari situ meneruskan perjalanan hingga ke simpang yang berhadapan JALAN POKOK SENA-KUALA NERANG.. Semuanya mengambil masa 25 minit.. Lagi 10 minit sampailah ke PEKAN KUALA NERANG.. Dan untuk sampai ke destinasi, lagi 15 minit.. Semuanya 25 minit.. Untuk perjalanan satu arah dari rumah ibu di TAMAN TENGKU MAHERAN, TANAH MERAH, JITRA ke SMK PADANG TERAP, petrol hangus 8 hingga 10 ringgit Malaysia.. tinggal baki di dalam tembolok kereta 8 hingga 10 ringgit Malaysia juga..

Begitulah hampir setiap hari - perjalanan yang mengambil masa 50 minit dan membakar nilai petrol sebanyak hampir RM10.. Pulang nanti pun jalan yang sama.. Jumlah masa yang hampir sama.. nilai petrol yang sama.. Entah berapa lama lagi ku dapat bertahan begini, dengan jalan yang sempit.. Terpaksa berselisih dengan lorilori dan basbas yang tak kenal erti bahaya.. Dengan motorsikal yang 'buta' (tidak berlampu depan) bergerak di sebelah kiri dan kanan.. Hanya Allah tempat mengadu memohon pemeliharaan keselamatan diri, keluwesan kewangan dalam menunaikan amanah mencurah ilmu..

Hanya keikhlasan yang ada sebagai penyerap kesusahan yang dilalui.. Ya! Ia satu kesusahan! Hampir saja satu pagi kemalangan terjadi dek kerana jalan yang sempit yang dikongsi sebahagiannya oleh lori.. Lalu datang dari kegelapan motorsikal yang buta (atau penunggangnya).. Syukur kebaikan pemandu lori menginjak memberi ruang padaku mengelak dari melanggar budak sekolah yang buta keselamatan diri dan orang lain..
Syukur.. Tiada bencana terjadi.. alhamdulillaah..

Cukup setakat ini coretan pagi.. Tengoklah petang (jika rajin).. Terima Kasih kerana membaca.. wassalaam..

Wednesday, May 26, 2010

Apa nak dikata?

Kembali ke sekolah selepas 3 hari berkursus.. Terasa macam baru sampai sini.. Tak berapa sihat pula.. Semalam semasa Solat Maghrib, kepala semacam berpusing.. Lantas terus baring selepas solat, dan tertidur, dan terus tidur sampai 930 malam..

Hari ini kuatkan juga hati nak datang ke sekolah biarpun bersin dan batuk tak henti2.. Ingatkan resdung, rupanya demam selsema.. memang tak berapa kuat.. namun minggu ada peperiksaan, jadi datang jugalah..


Pemberian pelajar2 Tingkatan 203-2009, SMK TOK MUDA ABDUL AZIZ, Sungai Siput Utara, Perak..

Moga Allah SWT merahmati mereka..

Tuesday, May 25, 2010

Alhamdulilllaah..

Sangat bersyukur kepada Allah SWT dapat sampai ke teratak bonda di Tanah Merah.. Balik dari menghadiri kursus pedagogi Bahasa Inggeris di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP), Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah.. Kursus yang bermula pada 23 Mei 2010 hingga hari ini, 25 Mei, 2010 merupakan Fasa Ketiga (terakhir).. Fasa Pertama dijalankan pada bulan Mac. Fasa Kedua dijalankan pada bulan April.

Pelbagai perkara yang enak dan tidak enak timbul dalam kursus ini. Semuanya ujian dari Allah SWT. Pada Fasa Pertama, kami diberi penginapan. Alhamdulillaah. Fasa Kedua tiada penginapan. Semua peserta, termasuk saya, terpaksa berulangalik dari rumah masing2, dengan saya merupakan peserta yang paling jauh berulangalik. Mengapa jadi begini? Mengapa tak dibuat di PKG saja? Inilah antara banyak soalan yang berlegar di kalangan kami. Jika mahu jimat belanja, bukan begini caranya. Tuntutan perjalanan mengikut satu tempat duduk teksi tidak sedikit pun meredakan persoalan hangat ini.

Apapun, kami semua redha dgn kadar layanan yang diterima. Kami menganggap ini ujian Allah ke atas kami.

Sepanjang Fasa Ketiga ini, saya menginap di rumah ahli keluarga terdekat di Bertam, Kepala Batas dan Sg Petani. Tiada penginapan disediakan. :( Di Bertam, saya tidur semalaman di rumah Kekanda Hj Sharaf pada hari Ahad. Di sana dapat bertemu Kekanda Kamal sekeluarga. Sebelum ke Bertam, singgah di rumah Kekanda Zuhair mengambil Kekanda Ipar, Hjh Rabiah. Bertemu anak2 Kekanda Zuhair, merasa 2 jenis kek buatan Kekanda Ipar, Fauziyah. Seeedaaap!!! Pada hari Isnin, saya bermalam di rumah cucunda bonda, Sabir Ahmad b. Mohamud Fouzi yang tinggal di kawasan perumahan Astana Ria. Sempat pula bermain badminton di Kampung Padang Temusu, dalam sebuah dewan.. Sayalah pemenangnya :))

Kepayahan bekerja terubat dengan bertemu dgn saudara2 kandung, melihat dan melayan keletah anak2 mereka yang masih kecil dan yang sudah bersekolah. SESUNGGUHNYA BERSAMA KEPAYAHAN ADA KESENANGAN. Keluarga adalah sandaran abadi. Sesungguhnya kepayahan bekerja jika disandarkan pada ketentuan Allah dan kepatuhan kepada semua ajaranNya, tiada gelisah, tiadakan susah. Hanya tenang mengisi ruang hati. Sekian.

This is the time!!


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com