Friday, January 4, 2013

Manisnya mendidik

Masa telah berubah. 30 tahun dulu, sistem pendidikannya lain. 30 tahun dulu norma-norma yang tidak termaktub dalam peraturan mendidik dan belajar, tetapi diterima umum diamalkan dalam pendidikan, adalah lain. Dulu saya dididik dalam dunia pendidikan yang berbeza dengan dunia pendidikan yang dilalui oleh pelajar2 saya sekarang. Dulu kepatuhan kepada guru adalah mutlak, tidak berbelah bahagi. Sekarang, kepatuhan kepada guru semacam bersyarat. Adakah ianya baik untuk dunia pendidikan, dunia pendidik dan dunia anak didik? Penilaian tentang kebaikannya boleh membuka satu diskusi yang sukar menemui penamatnya. 

10 tahun dalam perkhidmatan, adakah saya masih terbawa-bawa dengan cara saya dididik dulu? Sejak dari tahun pertama saya mula mengajar, saya tidak membawa rotan ke kelas dan ke dalam kelas. Pada tahun pertama mengajar, saya melihat rakan2 guru saya membawa rotan ke kelas mereka. Ada yang terkocoh-kocoh berpatah balik ke bilik guru. "Nak ambil rotan. Budak2 ni boleh diajar dengan rotan saja, Nabil." Saya diam, tidak berkata apa2. Lagipun, dia sudah 7 tahun mengajar di situ. Mungkin dia lebih tahu apa yang patut dilakukan.

Tetapi ia membuatkan saya berfikir, 'Ibu dan arwah bapa saya pun tidak pernah merotan saya, dan saya masih baik. Jadi, perlukah saya perlu membawanya di dalam kelas?" Di meja saya itu memang tiada rotan. Hanya ada pembaris besi panjang kalau hendak dibuat sebagai 'alat bantu mengajar'. Dan, saya, sejak itu tidak membawa sebarang rotan atau alat memukul ke kelas sehinggalah sekarang.

Bertepatan pula dengan kempen kerajaan sejak tahun lalu (2011) yang menggalakkan guru2 menjadi guru penyayang. Antara ciri2 guru penyayang ialah mereka tidak membawa rotan ke pintu pagar ketika menyambut pelajar pada hari dan minggu pertama sekolah. Guru2 penyayang juga tidak digalakkan membawa rotan ke kelas. Saya sedikit gembira dengan pendekatan ini, biarpun ada beberapa sisi pada kempen ini yang kelihatan berat sebelah kepada guru dan melebihkan pelajar. Ini pandangan saya tentang kempen ini.

10 tahun dalam perkhidmatan pendidikan ini, saya masih ingat pendekatan ibu yang banyak memberi semangat untuk belajar sepanjang masa. Bila dapat keputusan yang baik, ibu mahu saya terus berusaha dan mendapatkan keputusan yang lebih baik. Bila saya dapat keputusan kurang baik, ibu mahu saya berhati-hati, jangan selalu leka dan terus berusaha. 

Di sekolah pula, saya selalu diberi tanggungjawab mengajar kelas2 belakang. Ah! Rasa tak seronok pun ada juga. Tika itu juga, saya ingat diri saya dahulu - "Aku dulu pun tidak sepandai mereka. Mungkin aku lebih teruk." Saya lekas-lekas membuang perasaan buruk itu dan pergi ke kelas mereka. Kelas pertama saya terdiri dari pelajar2 yang tidak tahu membaca dan menulis. Nares a/l Kumar & Nagendran a/l Kaliappa adalah antara 2 pelajar kelas berkenaan yang saya masih ingat namanya. Memang sukar mengajar mereka, tetapi saya sentiasa ingat kepada ibu saya di rumah, dan bayangkan saat2 dia menjaga saya dan adik-beradik serta melayan kerenah kenakalan kami. Bila teringat saja memori itu, saya tidak mengeras dengan mereka. Bila saya terlupa, saya kembali mengeras dengan mereka dan kenakalan mereka.

Tetapi saya tidak pernah merotan mereka. Saya terus saja mengajar - memerah otak memikirkan kaedah2 yang tidak memerlukan kekerasan bagi memastikan mereka melakukan apa yang saya mahu mereka lakukan dalam kelas. Bagi yang tiada pensel, saya beri pensel. Bagi yang tiada pembaris, saya ajarkan mereka cara menggunakan buku latihan mereka sendiri sebagai pembaris. (Saya bukan taukeh kilang pembaris. :) ) Bagi yang tiada kertas, saya bagi kertas yang saya ada. Objektif mengajar tercapai? Tidak. Objektif mendidik? Tidak tahu tercapai atau tidak. Tahun berikutnya, saya tidak lagi mengajar sebahagian dari mereka, terutama Nares dan Nagendran. Saya tidak bagaimana keadaan mereka, kecuali Nagendran telah mengharumkan nama sekolah dengan memenangi acara lumba jalan kaki peringkat negeri. 

Selang beberapa tahun, sedang saya makan bersama seorang rakan guru, Cikgu Khairul Kamel Hj Ahmad, dan beberapa orang pelajar, saya disapa dari belakang oleh seseorang. Suara itu bukan suara seorang berbangsa Melayu. Terfikir saya, 'Siapakah rakan saya yang berbangsa Hindu yang mahu menegur saya malam2 ni? Mereka semua sudah berkahwin'. Lalu saya menoleh ke arah suara itu, dan saya terlihat wajah saya kenal, tetapi tidak siapakah dia. "Cikgu tak kenal saya, Cikgu?" "Minta maaf, cikgu tak kenal." "Saya Nagendran, cikgu." Oh.... (Tak terkata apa-apa).. 

Saya tidak ingat apa yang kami bualkan pada masa itu. Dan, saya pun tidak ingat apa yang telah saya buat sampai dia mengingati saya begitu lama. Apakah ini hasil objektif mendidik saya? Saya tidak tahu. 

5 tahun berlalu sejak saya bertemu dengan dia di kedai makan itu. Besar harganya dan balasannya sebuah pendidikan. Pendidikan yang tiada sukatan tertentu. Pendidikan yang berlangsung dalam kelas tanpa sebarang perancangan. Pendidikan yang tidak diminta ditulis dalam buku ringkasan mengajar. Hanya saya dan pelajar itu tahu kemanisan yang terhasil dari pendidikan selama 40 minit dan 80 minit itu. 

Ada lagi kisah manis yang saya masih ingat sehingga kini. Akan saya coretkan dalam beberapa hari lagi - cerita saya dan pelajar2 kelas corot!


Wednesday, July 18, 2012

Memahami perbezaan dengan anak didik

Sudah 4 bulan lebih di sekolah ketiga dalam kerjaya 9 tahun sebagai guru.. Sekolah ketiga ini menghidangkan cabaran yang paling besar setakat ini.. Perbezaan bahasa antara saya dan pelajar menjadi penghalang besar setakat ini, selain masalah sikap kebanyakan pelajar yang acuh tak acuh dengan pelajaran dan guru mereka... Ya, mereka seolah-olah acuh tak acuh dengan saya.. Saya tidak faham apa maksud HORMAT GURU bagi mereka... 

Isu di sini bukanlah soal saya meminta dihormati, Tetapi, melihat pada mereka, tidakkah mereka perlu menunjukkan sedikit rasa hormat kepada guru berbangsa Melayu seperti saya? Namun, adakah tunjuk hormat mereka sama seperti tunjuk hormat pelajar Melayu? Saya setakat ini masih cuba mencari jawapannya.

Tugas memahami sekolah ini dan warganya lebih berat dari mengajar mereka itu sendiri. Tanpa dapat memahami mereka, bagaimanakah mereka dapat ditunjukajar? Kerja memahami ini akan memakan masa yang panjang. Di sini ada seorang guru bangsa Melayu yang sudah bertugas selama 12 tahun. Saya fikir dia mungkin sudah memahami suasana di sini untuk kekal di sini selama itu. Saya masih baru di sini, dan sedang pula berkira-kira untuk berpindah ke sekolah baru.

Adakah kerja memahami juga sebahagian dari tugas rasmi guru? Tidak. Jadi, oleh kerana itu, saya akan berusaha mendapatkan pertukaran ke sekolah yang keempat kerana saya ingin mengajar dan turut sama memahami..

Hahaha! Nampak macam mudah.. Allah sahaja penunjuk jalan..

Wednesday, May 9, 2012

Persediaan mengajar atau persediaan bekerja?

Sememangnya kita mesti dalam keadaan bersedia untuk melakukan apa-apa pun. Ada keadaan di mana kita perlu bersedia dengan peralatan yang mencukupi. Ada keadaan juga di mana kita perlu bersedia dari segi latihan yang mencukupi. Ada juga keadaan yang memerlukan kita bersedia dari segi fizikal, mental dan rohani. Bagi seorang guru, dia perlu bersedia dengan rancangan mengajar dan bahan bantu mengajar yang mencukupi dan sesuai. Bagi seorang pendidik, dia perlu bersedia jiwa dan raga dalam menghadapi ragam pelajar2nya, suasana pengajarannya dan suasana pembelajaran para pelajarnya.

Setelah melalui hampir 9 tahun di alam pendidikan dan pengajaran, persediaan merupakan sesuatu yang abstrak bagi seorang guru. Majoriti guru sekarang ini berperang dengan masa dan tenaga dalam membuat persediaan mengajar. Ianya terjadi begitu kerana sebahagian besar guru mempunyai banyak tugasan besar yang turut menuntut PERSEDIAAN! Itu tak termasuk PERSEDIAAN untuk ahli keluarga di rumah lagi.

Maka, bila terjadi begitu, seorang pakar motivasi pun dipanggil untuk memberi panduan pengurusan masa kepada guru. Maka dibentangkanlah idea-idea pengurusan masa untuk guru2 gunakan dalam tugasan seharian. Bila tiba masa menggunakannnya, di sinilah terlihat bahawa banyaknya tugasan guru yang menuntut bukan sedikit masanya, termasuk masa rehatnya dan masa bersama keluarga. Teknik pengurusan masa yang diberi yang telah cuba digunakan, gagal membantu dalam memberi masa kepada seorang guru untuk bersedia dengan pengajarannya setiap kali tiba masa kelasnya.

Ya. Pengurusan masa itu bukan hanya membantu seorang guru itu melaksanakan tugas, tapi membantunya memberi masa untuk persediaan mengajar. Mengajar adalah tugas hakiki seorang guru. Jika ini pincang, prestasi guru tersebut akan dipersoal, diperhati dan diberi markah - rendah atau tinggi - menurut pandangan subjektif pentadbiran sekolah yang telah memberi kerja2 sampingan yang menarik fokus guru dari mengajar.

Inilah yang dihadapi guru di sekolah. Guru yang mengajar hilang sebahagian fokusnya dalam persediaan sehinggakan persediaan untuk mengajar pun ala kadar sahaja. Guru yang mentadbir sekolah pula terpaksa berhadapan dengan guru yang tertekan, masam muka, kritis dan lain-lain lagi. Sebahagian guru yang mentadbir sekolah menghadapi dilema dalam memberi tugas baru kepada guru. Dengan memberi tugasan baru kepada guru, pihak pentadbir secara tidak langsung meminta guru berkenaan turut fokus tentang tugasan baru itu dan tidak hanya kepada pengajaran dan pembelajaran.

Maka di kalangan guru, ada yang berusaha melaksanakan PnP dan tugasan barunya bersungguh-sungguh. Ada pula yang berpegang kepada prinsip 'kerja aku mengajar sahaja' sehinggakan tugasnya guru lain terpaksa tanggung dan buat! Ada pula yang bersungguh-sungguh dalam tugas terbarunya tapi mengabaikan PnP pula. Ada pula yang tidak buat apa-apa, hanya pandai bercakap, dan hanya bekerja hanya apabila pihak pentadbiran memerhati. Di antara kumpulan2 ini, kumpulan yang bersungguh-sungguh inilah yang akan banyak tertekan dengan situasi ini. Lama-kelamaan, kesungguhannya pun berkurang, dan dia masuk dalam kumpulan2 guru yang lain, ataupun BERHENTI KERJA!

Apa yang boleh dibuat ialah pihak pembentuk polisi dan pihak pelaksana polisi lebih bersikap memahami sebelum memformulasikan apa2 polisi baru. Bukannya apa, jika sikap memahami ini tidak sampai dirasai oleh guru dalam bentuk fizikal - surat arahan - dan mental, guru akan mula mengambil sikapnya sendiri, dan akhirnya, pelajar2 akan rosak akalnya dek kepincangan persediaan mengajar guru. Ingatlah, pihak yang di atas dan pihak yang di bawah akan disoal Allah SWT. Namun, yang lebih akan disoal ialah PIHAK DI ATAS. Awaslah dengan tindak-tandukmu. Moga kalian bertaqwa kepada Allah!

Sunday, May 6, 2012

Untuk pendidik - Last Lesson of the Afternoon



Last Lesson of the Afternoon - DH LAWRENCE


When will the bell ring, and end this weariness?
How long have they tugged the leash, and strained apart,
My pack of unruly hounds! I cannot start
Them again on a quarry of knowledge they hate to hunt,
5I can haul them and urge them no more.

No longer now can I endure the brunt
Of the books that lie out on the desks; a full threescore
Of several insults of blotted pages, and scrawl
Of slovenly work that they have offered me.
10I am sick, and what on earth is the good of it all?
What good to them or me, I cannot see!

                                                 So, shall I take
My last dear fuel of life to heap on my soul
And kindle my will to a flame that shall consume
15Their dross of indifference; and take the toll
Of their insults in punishment? — I will not! -

I will not waste my soul and my strength for this.
What do I care for all that they do amiss!
What is the point of this teaching of mine, and of this
20Learning of theirs? It all goes down the same abyss.

What does it matter to me, if they can write
A description of a dog, or if they can't?
What is the point? To us both, it is all my aunt!
And yet I'm supposed to care, with all my might.

25I do not, and will not; they won't and they don't; and that's all!
I shall keep my strength for myself; they can keep theirs as well.
Why should we beat our heads against the wall
Of each other? I shall sit and wait for the bell.

Tuesday, April 24, 2012

Rotan sebagai Alat Bantu Mengajar.. :)

Assalaamualaikum...

Sudah hampir 2 bulan di sekolah baru.. Sekolah yang mempunyai 99.98% pelajar berbangsa Cina.. Perubahan 360 darjah perlu dilakukan oleh saya dengan segera.. Tapi saya mengambil masa yang lama juga.. Adakalanya, saya rasa 'terperangkap' dalam kelas dengan pelajar2 yang saya tidak mengerti apa erti 'HORMAT' dan 'TAAT' bagi mereka.. Saya berada di situ, dan mereka berada di situ melakukan apa yang mereka mahulakukan.. Keluar masuk kelas sesuka hati.. Tidak mahu menyalin nota yang diberi.. Malah, ada yang berkata, 'Saya balik buat (di) rumah..'.. Apa boleh dikata.. Memang mereka buat, tetapi mereka tak melakukannya di hadapan saya.. Sekolah - saya andaikan - bagi mereka adalah tempat bersosial bersama kawan2.. Hari demi hari saya menilai mereka.. Sekarang kaki ini agak kejap berpijak di sini.. Namun, jika berpeluang, mahu saja bertukar sekolah..

Sekarang saya perlahan-lahan cuba membaiki hubungan saya dengan mereka, biarpun halangan bahasa masih lagi besar.. Saya ikut gaya mereka - saya masuk kelas.. saya beri mereka nota.. mereka salin.. bila siap, mereka akan hantar dan meminta saya segera menandakannya.. Saya menangguhkannya.. Saya kata saya akan beri kemudian.. Saya cuba juga ingin memberi penerangan seperti seorang guru sebenar, tapi... Allah.. Susah nak cakap..

Mengajar mereka merupakan satu cabaran.. Tanpa membawa rotan, saya masuk ke kelas mereka.. Saya masih enggan membawa rotan ke kelas2 mereka, biarpun dalam beberapa kali membawanya, mereka agak kurang bising dan lebih ramai mula menulis apa yang saya minta.. Mungkinkan rotan penyelesaiannya? Mungkinkah rotan akan memberi keselesaan kepada saya di dalam kelas2 mereka? Mungkinkah?

Tengoklah macamana, no??

Friday, April 20, 2012

Islam in accepting & managing change and the harsh reality that comes with it

Easier said than done. The reality on the ground doesn't usually in tandem with the change. Those who are involved in the implementation of the change are often not consulted. These implementers are the majority while the policymakers are the minority. Still, minority wins here, and wins hands down when hardly any suggestion were requested from the majority. The voice of the majority is, most of the time, ignored. The majority is to say nothing and just get the job done.

Harsh reality, it is. Many people just have to toe the line, whether they like or not. Naysayers are threatened with disciplinary actions. Fearing for themselves and their families, they, too, finally have to toe the line.

Then, comes fellow majority with suggestions ranging from time management, managing priority, stress control methods and so on. They are good fellows. They know the inevitability of policies put forward by the minority. So, they help their fellow strugglers/jugglers/whatever with those suggestions. Those suggestions are good. No complaints on that. In fact, no complaints on anything!

Islam, a deenullah, offers to take away any problem that crops up as a result of a policy change. Among other things, Islam encourages us to be patient and wise. Be patient in a way that we do not overreact, and be wise in a way that you implement the said policy to the best of your ability. After that, ask Allah's assistance on what you have done. Allah SWT will know if you have tried your best. He will surely know. So, rest assured that come what may, Allah SWT is there.

Beside practising patience and wisdom, let us recite zikrullah as many as possible, day in day out. Zikrullah calms us inside out. It takes away the stress that is straining our various veins and our hearts.

Rest assured that there will be more changes in store. To put ourselves, our health and well-being just because of our failure to accept change and the harsh reality that comes with it, we are gradually killing ourselves. Let's remember Allah SWT and His teachings always!

Saturday, February 4, 2012

SYUKUR.. KEJAYAAN MILIK SMK PADANG TERAP!

Alhamdulillah! SMK Padang Terap merangkul gelaran JUARA bergu perempuan Bawah 18 tahun dalam pertandingan peringkat daerah tadi. Tahniah kepada NORAIN ZAKARIA dan SITI SHAFIRAH ISMAIL.

Mererka bermain dengan baik, terutama semasa di peringkat suku akhir, di mana mereka dapat mengejar dan menewaskan lawan mereka dari SMK PEDU biarpun ketinggalan 10 mata. Saya melihat di situ adanya kekuatan mental dalam diri mereka, dan mereka tidak putus asa. Saya sering diberitahu bahawa pasukan SMK PEDU adalah pasukan terbaik. Takut juga saya atas nasib mereka di gelanggang nanti. Namun, dengan kesungguhan dan doa, mereka menang perlawanan suku akhir itu. Di perlawanan akhir pula, pasukan yang ditewaskan juga dari SMK PEDU.

Dengan kemenangan ini juga, saya telah menewaskan - buat ke sekian kalinya persepsi bahawa 'TIADA DEWAN, MAKA TIADA KEMENANGAN'. Saya sudah buktikannya semasa di SMK TOK MUDA ABDUL AZIZ, S. Siput, Perak dahulu. Sekolah itu juga tiada dewan. Sewa sahaja dewan lain. Namun, di Padang Terap ini, tiada dewan yang dapat digunakan. Yang ada hanya gelanggang terbuka di kawasan asrama. Setiap kali hendak pukul, terpaksa menunggu angin reda. Alhamdulillah, saya dan pelaja2 yang juga pemain2 saya dapat mengatasinya dan bersabar. Kemenangan yang merupakan milik Allah ini diberikan kepada kami.

Biarpun agak sedikit kecewa kerana mereka tidak terpilih mewakili daerah (begitu juga peserta perempuan sekolah lain), saya rasa cukuplah bagi SMK PADANG TERAP untuk menjuarainya. Sepatutnya, pihak PPD Padang Terap lebih bertimbang rasa dengan perasaan pelajar yang bertanding. Saya pasti semuanya punya impian mewakili daerah. Namun, impian iti berkubur tanpa nisan!

Itulah tugas terakhir saya di SMK PADANG TERAP ini. Alhamdulillah, berkahir dengan kecemerlangan. Saya hanya mengharapkan ganjaran dari Allah atas usaha ini. Hari Isnin ini, bermulalah tugas saya di sekolah baru - SMJK KEAT HWA 2, Jalan Kuala Kedah. Semoga SMK PADANG TERAP terus cemerlang!

This is the time!!


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com