Tuesday, September 21, 2010

Ujian Keteguhan Iman...Bersendirian menghadapinya...

Bersyukurlah dengan nikmat kehidupan yang masih diberi Allah SWT.. Di dalamnya ada peluang untuk memohon ampun atas segala kesalahan dan kekhilafan dulu dan kini.. Di dalamnya ruang dan peluang untuk melakar harapan & impian untuk meniti Titian Sirat sepantas kilat untuk menikmati Syurga Allah SWT!. Di dalamnya jua ada cabaran dan dugaan yang bertindak umpama duri2 bunga kertas atau duri2 kaktus yang menghalang si musafir dahaga mematahkannya bagi mengambil dan meneguk airnya..

Selagi hidup dan diberi segugus nyawa lagi, berusahalah untuk berbuat kebaikan dan menyuruh berbuat kebaikan. Berusahalah juga untuk menjauhi kemaksiatan dan melarang sesama manusia dari berbuat manusia. Sesungguhnya tugas ini tidak hanya terbeban kepada si Ustaz dan si Ustazah semata. Mana yang berilmu agama, biar berpakaian kontraktor sekalipun, biar berpakaian kelasi sekalipun, biar berpakaian renjer hutan sekalipun, biar berpakaian korporat kolar putih, sampaikanlah ajaran agama ini.

Masa berjalan tak menunggu sesiapa! Tidak ia kan menunggu Nabil Ahmad atau sesiapa! Ia tidak menunggu sesiapa kecuali diperintah Allah SWT untuk berbuat demikian.

Bersedialah sebelum terlambat!

Sunday, September 19, 2010

Kamilia Sofea bt. Sabir Ahmad, cucu saudara pertamaku, cicit pertama Bonda Zainab Hj. Mat Abu

Malam tadi pangkatku bertambah lagi.. 18 September jam 11 malam tadi di Hospital Besar Kangar, Perlis, Fazilah selamat melahirkan Kamilia Sofea bt. Sabir Ahmad b. Mohamud Fouzi b. Hj. Ahmad b. Hj. Kasim b. Hj. Ismail. Maka dengan rasminya aku dah ada pangkat TOKSU! Sekian.

Friday, September 17, 2010

22 tahun lagi....

Minggu depan sekolah akan bermula di Kedah. Cuti raya dah habis. Akan kembali menyarung rutin yang dipakai sejak 8 bulan yang lalu. Terfikir juga kadang-kadang - berapa lama lagi aku akan berada di sekolah? Akan tetapkah aku di sekolah 22 tahun lagi? Jemukah yang mengasakku dengan soalan2 ini? Tidak jemu sebenarnya. Seronok menjadi guru. Setakat ini - 7 tahun dalam perkhidmatan perguruan - manis-pahit mengajar dah dirasa..

Beberapa bekas pelajar sekolah di Sungai Siput dahulu ada menyebut2 itu-ini tentang gaya dan sikap saya semasa di sekolah dan semasa mengajar mereka.. Banyak yang mengungkit kepositifan.. :) Takut sebenarnya bila dipuji.. Namun saya terima seadanya.. Jauh di sudut hati, tugas keguruan ini saya galas dengan ingatan ia adalah amanah Allah SWT kepada saya.. Saya menyimpan sekejap mungkin dalam ingatan bahawa tugas ini akan disoal kembali oleh Allah SWT di Mahsyar nanti.. Lalu, saya laksanakanlah tugas keguruan ini dengan bersungguh-sungguh..

Cabaran terbesar dalam tugas ini ialah membuang jauh-jauh fobia kepada Bahasa Inggeris dalam diri pelajar. Masih banyak yang fobia bila saya meninggalkan sekolah di Sungai Siput itu. Saya dah buat apa yang terdaya. Di saat orang sana-sini mempersoalkan wibawa Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, saya pula menekankan peri pentingnya penguasaan bahasa ini. Memang sukar membuang sifat suka kepada pencapaian  ala kadar dalam Bahasa Inggeris. Hanya dengan pertolongan Allah yang memiliki hati2 manusia ini sajalah fobia dan kesukaran ini dapat dihancurkan!

Dalam memudahkan pembelajaran pelajar, saya selalu sentiasa menjadikan pengajaran saya berlangsung  dalam keadaan ceria dan tenang. Tiada siapa yang percaya bahawa saya yang serius ni boleh membuatkan pelajar seronok dan gembira dalam kelas.. MEMANG RUPA SAYA SERIUS. Itulah pemberian Allah pada saya.. Ada yang mengandaikan yang pelajar2 saya ni mesti bosan dalam kelas saya.. Susah la kalau mereka tak mahu percaya.. Terpulanglaaahhhh...

Hasilnya macamana? Cemerlangkah mereka dengan kaedah ini?

Jika pelajar2 saya cemerlang kerana pengajaran saya, itu adalah bonus bagi saya.. Namun, kalau untuk cemerlang saya perlu guna kaedah selain dari kaedah di atas, minta maaf lah! Pelajar2 ni, bagi saya, adalah manusia mulanya. Lalu saya layan kemanusiaan mereka dengan sifat manusiawi saya.

Yang kedua dan terakhir, pelajar ini bagi saya, ada kebolehan masing2. Tidak semuanya cekap berbahasa. Apatah lagi Bahasa Inggeris.. Jadi, sambil mengajar, saya menilai kemampuan mereka secara kasar - setakat mana mereka boleh menguasai Bahasa Inggeris.. Perbezaan di kalangan mereka saya tandai dengan memberikan perhatian khusus kepada yang lemah dan agak lemah. Kemudiannya, saya kembali ke hadapan kelas dan mengungkapkan kata2 semangat dan ingatan kepada Allah SWT..

Selama 22 tahun akan datang beginilah yang berlaku dalam kelas saya, insyaallah.. Ide-ide baru sangat dialu-alukan.. Moga Allah SWT mengampuni kecuaianku dalam mengajar dan mendidik peljar2 ku yang dulu dan sekarang..

Wednesday, September 8, 2010

AIDIL FITRI AL MUBARAK 1431H

Ramadhan dah sampai ke penghujung.. Alhamdulillah berjaya menikmati Ramadhan sebaik mungkin.. Dalil pengabdian kepada Allah SWT akan tetap diteruskan.. Tiada ibadah kerana Ramadhan.. Ibdaha hanya semata-mata untuk Allah SWT.

Syawal yang akan datang akan sekali lagi membantu memperkukuhkan silaturrahim sesama kita.. Tiada yang lebih diharapkan melainkan kesejahteraan perhubungan.. Yang kukuk bertambah kukuh.. Yang terputus bertaut kembali.. Dan ia bermula di penghujung Ramadhan, bulan rahmat dan kebaikan.. Tidakkah ini satu kebaikan yang akan digandakan pahalanya di sisi Allah SWT..

Setiap hari kita menanggung amanah.. Setiap hari kita menanggung amanah Allah SWT ke atas diri kita.. Setiap hari kita menanggung amanah Baginda Rasulullah SAW.. Setiap hari kita menanggung amanah kerja.. Setiap hari kita menanggung amanah kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga lain.. Setiap sesuatu yang kita miliki jua amanah yang akan dipertanggungjawabkan di Hari Qiyamah.. Bersediakah kita dengan jawapan bagi setiap amanah2 ini?

Hari Raya nanti adalah nikmat Tuhan ke atas kita yang masih bernyawa pada 1 Syawal.. Berbahagialah kita yang dapat menyambutnya dalam aman harmoni seperti sekarang.. Bersediakah kita untuk meneruskan amalan2 yang telah kita terapkan dalam diri kita dalam Ramadhan? Bersediakah kita memenuhkan masjid dan surau untuk berjemaah biarpun nyamuk dan kelkatu dan panas menghurungi kita? Bersediakah kita untuk terus bersedekah - apa jua - wang, tenaga, harta benda? Semua soalan2 ini sebenarnya untuk saya jawab dengan amalan.. Bercakap begini bukan bermakna saya ini suci bersih.. Saya masih ada kekurangan.. Namun menanti kekurangan menjadi lebih baru nak bercakap, kita hanya mementingkan diri sendiri! Dalam menegur orang pun, penegur sebenarnya menegur diri sendiri..

Ya! Serius benar posting saya ni.. "rilek la brader!!! raya staun skali maa.." Saya jua tahu sedikit sebanyak bagaimana untuk bergembira.. Namun kena ingat juga hakikat yang menaungi kita setiap saat hidup kita di dunia ini agar kita bergembira dalam SEDAR!!!

This is the time!!


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com