Sangat bersyukur kepada Allah SWT dapat sampai ke teratak bonda di Tanah Merah.. Balik dari menghadiri kursus pedagogi Bahasa Inggeris di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP), Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah.. Kursus yang bermula pada 23 Mei 2010 hingga hari ini, 25 Mei, 2010 merupakan Fasa Ketiga (terakhir).. Fasa Pertama dijalankan pada bulan Mac. Fasa Kedua dijalankan pada bulan April.
Pelbagai perkara yang enak dan tidak enak timbul dalam kursus ini. Semuanya ujian dari Allah SWT. Pada Fasa Pertama, kami diberi penginapan. Alhamdulillaah. Fasa Kedua tiada penginapan. Semua peserta, termasuk saya, terpaksa berulangalik dari rumah masing2, dengan saya merupakan peserta yang paling jauh berulangalik. Mengapa jadi begini? Mengapa tak dibuat di PKG saja? Inilah antara banyak soalan yang berlegar di kalangan kami. Jika mahu jimat belanja, bukan begini caranya. Tuntutan perjalanan mengikut satu tempat duduk teksi tidak sedikit pun meredakan persoalan hangat ini.
Apapun, kami semua redha dgn kadar layanan yang diterima. Kami menganggap ini ujian Allah ke atas kami.
Sepanjang Fasa Ketiga ini, saya menginap di rumah ahli keluarga terdekat di Bertam, Kepala Batas dan Sg Petani. Tiada penginapan disediakan. :( Di Bertam, saya tidur semalaman di rumah Kekanda Hj Sharaf pada hari Ahad. Di sana dapat bertemu Kekanda Kamal sekeluarga. Sebelum ke Bertam, singgah di rumah Kekanda Zuhair mengambil Kekanda Ipar, Hjh Rabiah. Bertemu anak2 Kekanda Zuhair, merasa 2 jenis kek buatan Kekanda Ipar, Fauziyah. Seeedaaap!!! Pada hari Isnin, saya bermalam di rumah cucunda bonda, Sabir Ahmad b. Mohamud Fouzi yang tinggal di kawasan perumahan Astana Ria. Sempat pula bermain badminton di Kampung Padang Temusu, dalam sebuah dewan.. Sayalah pemenangnya :))
Kepayahan bekerja terubat dengan bertemu dgn saudara2 kandung, melihat dan melayan keletah anak2 mereka yang masih kecil dan yang sudah bersekolah. SESUNGGUHNYA BERSAMA KEPAYAHAN ADA KESENANGAN. Keluarga adalah sandaran abadi. Sesungguhnya kepayahan bekerja jika disandarkan pada ketentuan Allah dan kepatuhan kepada semua ajaranNya, tiada gelisah, tiadakan susah. Hanya tenang mengisi ruang hati. Sekian.



No comments:
Post a Comment