KHAMIS 27 Mei 2010
Assalaamu'alaikum wa rahmatullah..
Ucapan salam di atas adalah ucapan penuh barakah yang memberi pahala kepada yang mengucapnya dan memberi pahala pula bagi yang menjawab.. Ucapan salam yang sempurna dan sampai maksudnya ke dalam hati pendengarnya menandakan silaturrahim yang masih erat sesama saudara sekeluarga dan kenalan jauh dan dekat, yang dapat dilihat maupun tidak.. Ucapan salam yang selainnya memberi maksud yang berbeza - mungkin maksud yang baik, mungkin maksud yang kabur, berjerebu dan sebagainya...
Hari ini keluar rumah jam 635 pagi.. sampai di SMK PADANG TERAP pada jam 725 pagi.. menyusuri jalan Kg Kepala Batu, melintasi simpang ke SK SERI BANAI, lalu di hadapan SK PENGHULU HAJI DARUS, Wang Tepus.. seeterusnya menghala ke Kuala Pai, sampai di simpang 3 bersebelahan MASJID KAMPUNG KUALA PAI.. masuk ke kanan untuk meneruskan perjalanan menyusuri beberapa selekoh, melintas beberapa kampung kecil sebelum sampai ke FELDA BUKIT TEMBAGA dan SK BUKIT TEMBAGA..
Di situ, kenderaanku bernama (bernombor) KCE 663 berhenti bagi membolehkan anak didik sekolah rendah melintas.. dari situ meneruskan perjalanan hingga ke simpang yang berhadapan JALAN POKOK SENA-KUALA NERANG.. Semuanya mengambil masa 25 minit.. Lagi 10 minit sampailah ke PEKAN KUALA NERANG.. Dan untuk sampai ke destinasi, lagi 15 minit.. Semuanya 25 minit.. Untuk perjalanan satu arah dari rumah ibu di TAMAN TENGKU MAHERAN, TANAH MERAH, JITRA ke SMK PADANG TERAP, petrol hangus 8 hingga 10 ringgit Malaysia.. tinggal baki di dalam tembolok kereta 8 hingga 10 ringgit Malaysia juga..
Begitulah hampir setiap hari - perjalanan yang mengambil masa 50 minit dan membakar nilai petrol sebanyak hampir RM10.. Pulang nanti pun jalan yang sama.. Jumlah masa yang hampir sama.. nilai petrol yang sama.. Entah berapa lama lagi ku dapat bertahan begini, dengan jalan yang sempit.. Terpaksa berselisih dengan lorilori dan basbas yang tak kenal erti bahaya.. Dengan motorsikal yang 'buta' (tidak berlampu depan) bergerak di sebelah kiri dan kanan.. Hanya Allah tempat mengadu memohon pemeliharaan keselamatan diri, keluwesan kewangan dalam menunaikan amanah mencurah ilmu..
Hanya keikhlasan yang ada sebagai penyerap kesusahan yang dilalui.. Ya! Ia satu kesusahan! Hampir saja satu pagi kemalangan terjadi dek kerana jalan yang sempit yang dikongsi sebahagiannya oleh lori.. Lalu datang dari kegelapan motorsikal yang buta (atau penunggangnya).. Syukur kebaikan pemandu lori menginjak memberi ruang padaku mengelak dari melanggar budak sekolah yang buta keselamatan diri dan orang lain..
Syukur.. Tiada bencana terjadi.. alhamdulillaah..
Cukup setakat ini coretan pagi.. Tengoklah petang (jika rajin).. Terima Kasih kerana membaca.. wassalaam..



No comments:
Post a Comment