Ramadhan dah sampai ke penghujung.. Alhamdulillah berjaya menikmati Ramadhan sebaik mungkin.. Dalil pengabdian kepada Allah SWT akan tetap diteruskan.. Tiada ibadah kerana Ramadhan.. Ibdaha hanya semata-mata untuk Allah SWT.
Syawal yang akan datang akan sekali lagi membantu memperkukuhkan silaturrahim sesama kita.. Tiada yang lebih diharapkan melainkan kesejahteraan perhubungan.. Yang kukuk bertambah kukuh.. Yang terputus bertaut kembali.. Dan ia bermula di penghujung Ramadhan, bulan rahmat dan kebaikan.. Tidakkah ini satu kebaikan yang akan digandakan pahalanya di sisi Allah SWT..
Setiap hari kita menanggung amanah.. Setiap hari kita menanggung amanah Allah SWT ke atas diri kita.. Setiap hari kita menanggung amanah Baginda Rasulullah SAW.. Setiap hari kita menanggung amanah kerja.. Setiap hari kita menanggung amanah kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga lain.. Setiap sesuatu yang kita miliki jua amanah yang akan dipertanggungjawabkan di Hari Qiyamah.. Bersediakah kita dengan jawapan bagi setiap amanah2 ini?
Hari Raya nanti adalah nikmat Tuhan ke atas kita yang masih bernyawa pada 1 Syawal.. Berbahagialah kita yang dapat menyambutnya dalam aman harmoni seperti sekarang.. Bersediakah kita untuk meneruskan amalan2 yang telah kita terapkan dalam diri kita dalam Ramadhan? Bersediakah kita memenuhkan masjid dan surau untuk berjemaah biarpun nyamuk dan kelkatu dan panas menghurungi kita? Bersediakah kita untuk terus bersedekah - apa jua - wang, tenaga, harta benda? Semua soalan2 ini sebenarnya untuk saya jawab dengan amalan.. Bercakap begini bukan bermakna saya ini suci bersih.. Saya masih ada kekurangan.. Namun menanti kekurangan menjadi lebih baru nak bercakap, kita hanya mementingkan diri sendiri! Dalam menegur orang pun, penegur sebenarnya menegur diri sendiri..
Ya! Serius benar posting saya ni.. "rilek la brader!!! raya staun skali maa.." Saya jua tahu sedikit sebanyak bagaimana untuk bergembira.. Namun kena ingat juga hakikat yang menaungi kita setiap saat hidup kita di dunia ini agar kita bergembira dalam SEDAR!!!



1 comment:
Ramadan adalah bulan pengukuhan bg umat Islam utk setiap amalan yg dilakukan..bulan muhasabah dan bulan meningkatkan kekuatan..Kasihnya Allah terhadap hambanya dgn mengurniakan bulan Ramadan..diberikan peluang utk berada dekat dgnNya yg mana kadang2 manusia terlupa kpdNya..sbb tu lah Ramadan bulan rahmat dan dilimpahkan pelbagai ganjaran pahala di dalamnya..sbgmana Rasulullah s.a.w bersabda,"Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibuka pintu Rahmah"- Sahih Muslim.Ramai yg menyedari kelebihannya, tp sedikit sj yg menghayatinya..bg yg menghayatinya, pasti akan merindui Ramadan krn merasai nikmat tunduk dan patuh kpdNya.Firman Allah Taala :
"Sesungguhnya yg sebenar-benar beriman kpd ayat2 keterangan KAMI hanyalah org yg apabila diberi peringatan dan pengajaran dgn ayat2 itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh)dan menggerakkan lidah dgn bertasbih serta memuji TUHAN mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur." - as-sajdah : 5
Post a Comment