Wednesday, May 9, 2012

Persediaan mengajar atau persediaan bekerja?

Sememangnya kita mesti dalam keadaan bersedia untuk melakukan apa-apa pun. Ada keadaan di mana kita perlu bersedia dengan peralatan yang mencukupi. Ada keadaan juga di mana kita perlu bersedia dari segi latihan yang mencukupi. Ada juga keadaan yang memerlukan kita bersedia dari segi fizikal, mental dan rohani. Bagi seorang guru, dia perlu bersedia dengan rancangan mengajar dan bahan bantu mengajar yang mencukupi dan sesuai. Bagi seorang pendidik, dia perlu bersedia jiwa dan raga dalam menghadapi ragam pelajar2nya, suasana pengajarannya dan suasana pembelajaran para pelajarnya.

Setelah melalui hampir 9 tahun di alam pendidikan dan pengajaran, persediaan merupakan sesuatu yang abstrak bagi seorang guru. Majoriti guru sekarang ini berperang dengan masa dan tenaga dalam membuat persediaan mengajar. Ianya terjadi begitu kerana sebahagian besar guru mempunyai banyak tugasan besar yang turut menuntut PERSEDIAAN! Itu tak termasuk PERSEDIAAN untuk ahli keluarga di rumah lagi.

Maka, bila terjadi begitu, seorang pakar motivasi pun dipanggil untuk memberi panduan pengurusan masa kepada guru. Maka dibentangkanlah idea-idea pengurusan masa untuk guru2 gunakan dalam tugasan seharian. Bila tiba masa menggunakannnya, di sinilah terlihat bahawa banyaknya tugasan guru yang menuntut bukan sedikit masanya, termasuk masa rehatnya dan masa bersama keluarga. Teknik pengurusan masa yang diberi yang telah cuba digunakan, gagal membantu dalam memberi masa kepada seorang guru untuk bersedia dengan pengajarannya setiap kali tiba masa kelasnya.

Ya. Pengurusan masa itu bukan hanya membantu seorang guru itu melaksanakan tugas, tapi membantunya memberi masa untuk persediaan mengajar. Mengajar adalah tugas hakiki seorang guru. Jika ini pincang, prestasi guru tersebut akan dipersoal, diperhati dan diberi markah - rendah atau tinggi - menurut pandangan subjektif pentadbiran sekolah yang telah memberi kerja2 sampingan yang menarik fokus guru dari mengajar.

Inilah yang dihadapi guru di sekolah. Guru yang mengajar hilang sebahagian fokusnya dalam persediaan sehinggakan persediaan untuk mengajar pun ala kadar sahaja. Guru yang mentadbir sekolah pula terpaksa berhadapan dengan guru yang tertekan, masam muka, kritis dan lain-lain lagi. Sebahagian guru yang mentadbir sekolah menghadapi dilema dalam memberi tugas baru kepada guru. Dengan memberi tugasan baru kepada guru, pihak pentadbir secara tidak langsung meminta guru berkenaan turut fokus tentang tugasan baru itu dan tidak hanya kepada pengajaran dan pembelajaran.

Maka di kalangan guru, ada yang berusaha melaksanakan PnP dan tugasan barunya bersungguh-sungguh. Ada pula yang berpegang kepada prinsip 'kerja aku mengajar sahaja' sehinggakan tugasnya guru lain terpaksa tanggung dan buat! Ada pula yang bersungguh-sungguh dalam tugas terbarunya tapi mengabaikan PnP pula. Ada pula yang tidak buat apa-apa, hanya pandai bercakap, dan hanya bekerja hanya apabila pihak pentadbiran memerhati. Di antara kumpulan2 ini, kumpulan yang bersungguh-sungguh inilah yang akan banyak tertekan dengan situasi ini. Lama-kelamaan, kesungguhannya pun berkurang, dan dia masuk dalam kumpulan2 guru yang lain, ataupun BERHENTI KERJA!

Apa yang boleh dibuat ialah pihak pembentuk polisi dan pihak pelaksana polisi lebih bersikap memahami sebelum memformulasikan apa2 polisi baru. Bukannya apa, jika sikap memahami ini tidak sampai dirasai oleh guru dalam bentuk fizikal - surat arahan - dan mental, guru akan mula mengambil sikapnya sendiri, dan akhirnya, pelajar2 akan rosak akalnya dek kepincangan persediaan mengajar guru. Ingatlah, pihak yang di atas dan pihak yang di bawah akan disoal Allah SWT. Namun, yang lebih akan disoal ialah PIHAK DI ATAS. Awaslah dengan tindak-tandukmu. Moga kalian bertaqwa kepada Allah!

No comments:

This is the time!!


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com