Hujan tidak henti-henti sekarang.. dah sampai pula khabar dari utara, bandar Kangar sudah dilanda banjir.. dalam berita TV pula, negara jiran sedang dilanda banjir juga.. ah! satu lagi banjir akan melanda utara semenanjung.. bersedialah dengan keimanan yang tinggi dan persiapan yang ampuh bagi menghadapi bencana ini..
Sebagai Muslim kita menerima semua ini sebagai ujian dari Allah SWT.. Ia juga boleh dianggap bala pencuci dosa2 kita terhadapNya.. Ribut yang melanda 2-3 hari yang lalu membawa kesan yang buruk juga.. Ini juga ujianNya..
Pasti siapapun tidak berani memarahi Allah SWT atas segala keburukan yang menimpa.. Baguslah kalau begitu.. Lebih bagus lagi kalau kita mengakui kesalahan kita dengan memohon ampun kepadaNya.. Mengapa pula? Tidakkah kita fikir semua yang menimpa kita ini adalah tanda kemurkaanNya atas berleluasanya maksiat di sekeliling, dan tiada siapa mahu mencegah dengan kuasa yang mereka ada.. lebih ramai berdiam diri dari berbuat sesuatu.. Aku pun salah seorang dari mereka.. Astaghfirullaah.. Ampunkan aku, ya Allah...
Moga mangsa2 ribut ini sabar dengan ujian dan bala yang menimpa.. Terimalah sebagai seorang hamba.. Kita, keluarga kita dan harta kita adalah milikNya..



No comments:
Post a Comment