Mendapat berita gembira tentang pertandingan bolasepak peringkat daerah dari rakan2 guru.. Mohd. Firdaus Ahmad dan Anuar Rohizad. Tahniah Cikgu Anuar - bersama Cikgu Ahmad Razi - kerana kedua-dua pasukan sekolah Bawah 15 dan Bawah 18 berjaya mengisi 2 slot separuh akhir.
Yang terkini yang diterima ialah kejayaan pasukan Bawah 15 layak ke perlawanan akhir. TAHNIAH sekali lagi! Bagi pemain2 Bawah 18, cikgu tahu anda telah berusaha dengan baik. Anda telah bertungkus lumus, bermain dengan baik sekali. Sayang sekali, setiap perlawanan perlu ada pemenang. Jika bukan tahun anda, mungkin tahun adik2 anda nanti. Berikan sokongan kepada pemain2 Bawah 15 pula! Moga mereka pulang sebagai JUARA!!
YA! JUARA, JUARA & JUARA SEMATA-MATA!!!!



No comments:
Post a Comment